Kredit: Freepik
'Perayaan tahunan' yang paling tidak digemari kini kembali: gangguan bekalan air di Selangor masih belum pulih sejak hari Sabtu yang lalu, dan dijangka akan berterusan buat 2-3 hari lagi! Tahun ni je rasanya dah 3 kali dah pencemaran air terjadi, sehingga bekalan air terpaksa ditutup.
Bagi korang yang duduk di kawasan yang selalu ada gangguan bekalan air, mesti rasa frust kan? Yelah, asyik-asyik takde air. Nak cebok tak boleh. Nak wuduk rasa tak cukup bersih. Nak masak gah-gah tinggal harapan je. Spoil gila!
Disebabkan gangguan bekalan air ni susah nak dijangka dan dah selalu sangat terjadi (di Selangor), korang digalakkan untuk guna apps macam Air Selangor (ada pada iOS dan Android) untuk tahu perkembangan terkini tentang gangguan bekalan air di kawasan korang, so nanti senanglah korang nak get ready next time.
Ni enam persediaan yang korang boleh buat kalau ada gangguan bekalan air lagi:
#1 Simpan air sebanyak yang mungkin
Kredit: Lazada
Lepas ni jangan tunggu gangguan bekalan air terjadi lagi baru nak simpan air. Simpan je terus siap-siap so takdelah nak kelam-kabut. Pastikan setiap tandas ada baldi besar, sederhana dan kecil yang dipenuhi air khas untuk digunakan masa air tiada nanti (kalau ada ruang yang cukup). Pastikan juga korang simpan air yang cukup untuk kegunaan di dapur.
Beli baldi ni.
#2 Lori tangki air nak datang? Angkut baldi-baldi guna troli
Kredit: Lazada
Larat ke nak berulang-alik angkut baldi? Guna je troli, habis cerita!
Beli troli ni.
#3 Pasang sistem simpanan dan tapisan air hujan
Kredit: Lazada
Sistem simpanan dan tapisan air hujan ni menapis dan membersihkan air hujan yang ditakung supaya korang boleh gunakan air tu dengan selamat. Walaupun agak mahal, ia merupakan pelaburan jangka panjang yang boleh memudahkan hidup korang. iPhone ribu-riban boleh beli, takkan yang ni tak boleh kan? Air lagi penting kot!
Beli sistem air hujan ni.
#4 Guna perkakas dapur pakai buang
Kredit: Lazada
Nak basuh satu pinggan pun dah berapa liter air yang terbuang, inikan pula kalau rumah yang ada ramai orang dan anak-anak kecil. Lagi banyak air yang kena pakai! Jimat air dengan menggunakan pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan garfu pakai buang.
Beli set perkakas dapur pakai buang ni.
#5 Cuci tangan guna hand sanitizer
Kredit: Lazada
Susah nak cuci tangan dengan benar-benar bersih bila tiada air. Gunakan hand sanitizer yang boleh dibawa kemana-mana agar kotoran dan bakteria tak melekat.
Beli hand sanitizer ni.
#6 Wet wipes untuk pelbagai guna
Kredit: Lazada
Wet wipes bukan hanya berguna bila korang nak lap tangan je tau, ia juga boleh digunakan untuk menanggalkan mekap, mengelap ketiak dan juga mencuci bahagian alat sulit. Bayangkan betapa banyak air yang korang boleh jimat dengan wet wipes ni!
Beli wet wipes ni.
Apa tunggu lagi? Cepat sediakan semua ni!