Kredit: @ahmadkhairulnidzhamzainalarif/Instagram & @amirahzulkipli/Instagram
Ramai di antara kita yang menarik nafas lega sebab dah boleh keluar berjalan dan melancong, walaupun setakat ni cuma dalam negara je.
Korang yang berkeluarga besar tu confirm ada plan nak pergi holiday kan? Kalau ada, ikuti lima tip nak cari tempat holiday sesuai untuk korang yang berkeluarga besar :
#1 Lokasi yang strategik
Selalunya keluarga yang besar, terutama sekali kalau ada anak-anak kecil, lebih prefer penginapan yang berdekatan dengan kemudahan seperti klinik, restoran dan kedai runcit in case ada apa-apa hal. Kalau ada yang tiba-tiba sakit atau terlupa nak bawa barang senang sikit nak uruskan.
#2 Pastikan bilangan maksimum orang yang dibenarkan duduk di tempat penginapan
Tak kiralah sama ada korang sewa keseluruhan villa atau suite keluarga, pastikan dahulu bilangan maksimum orang yang dibenarkan duduk. Takut kalau terlalu ramai akan menyebabkan rasa tak selesa, atau pihak pengurusan meminta korang untuk menyewa satu lagi bilik atau villa.
#3 Rancang aktiviti dengan teliti
Adakah korang sekeluarga hanya nak rileks-rileks sambil berenang dan berbarbeku? Atau korang lebih prefer pergi jalan ke tempat bersejarah atau shopping? Rancang aktiviti dengan teliti lebih awal dan pastikan semua ahli keluarga bersetuju dengan rancangan tersebut, kalau tak nanti ada yang merajuk dan tak berpuas hati.
#4 Pastikan ada kemudahan asas seperti dapur atau kawasan khas BBQ
Kalau ada dapur simple dengan kelengkapan seperti peti sejuk dan pemanas air pun dah cukup, ataupun kawasan khas untuk berbarbeku di luar villa, bergantung kepada keperluan korang.
#5 Pergi ke destinasi dengan kereta yang besar dan selesa
Kredit: Honda
Kalau pergi trip dengan keluarga besar, lebih baik kalau pergi dengan kereta yang besar dan selesa. Bukan saja ada ruang yang banyak dan selesa untuk diduduki (lebih-lebih lagi bagi perjalanan yang jauh), tetapi juga tempat untuk letak beg-beg yang banyak.
Kredit: Honda
Kereta macam Honda BR-V yang terbaharu ialah salah satu kereta besar, selesa dan sesuai dipakai untuk perjalanan yang jauh. Crossover ni boleh muat tujuh orang beserta dengan ruang kargo yang luas. Dengan bahagian depan dan belakang yang telah dikemas kini, ia dilengkapi dengan rim aloi 16 inci yang baru.
Kredit: Honda
Bukan tu je, dalamannya dilengkapi dengan paparan audio 7 inci dengan rekaan dalaman yang baru. Honda BR-V juga dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC beserta pedal syif, menjadikannya selesa dan mudah untuk dipandu. Bukan hanya row pertama dan kedua je yang luas, row yang ketiga pun selesa tau!
Kredit: Honda
Hebat kan Honda BR-V ni? Apa kata korang check it out sekarang? Untuk info lanjut, korang boleh pergi ke mana-mana pengedar sah Honda yang terdekat atau layari di sini.