Jangan jadikan Covid-19 sebagai alasan untuk tidak bersenam. Mentang-mentanglah kena duduk rumah dan tak boleh keluar pergi taman-taman awam untuk beriadah kan.
Sebenarnya ada banyak jenis senaman ringan yang anda boleh lakukan meskipun dalam rumah.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tak gitu?
Buat anda yang bekerja dari rumah pula, apa kata boleh curi sedikit masa untuk melakukan senaman ringan. Orang kata, duduk terlalu lama pun boleh melemahkan badan.
Ni kami kongsikan video pendek senaman ringkas berdurasi 1:49 saat, bagaimana untuk mengekal tahap kecergasan ketika berada rumah.
Sambil-sambil duduk di rumah bolehlah buat senaman ni.
Tengok ni.
Tak susahkan? Cumanya kena rajin je sikit. Hehe! Selamat mencuba!