Kredit: MYKPDNHEP
Bila bercakap pasal produk tempatan, masih ramai yang memandang sebelah mata dan lebih memilih produk buatan luar negara yang dirasakan lebih baik. Walaupun pada hakikatnya banyak jenama dan barangan buatan tempatan yang berkualiti tinggi, disukai dan mendapat sambutan di luar negara.
Sebagai contoh, produk jenama Life Sauce, Kawan Food, dan Pensonic adalah antara jenama dan rangkaian produk buatan Malaysia yang digemari dan boleh didapati di serata dunia!
Oh ya, korang tau tak, Kawan Food juga dikenali sebagai pencipta paratha sejuk beku yang pertama di dunia tau! Gempak gila kan? Bukan biasa-biasa barang kita ni!
Kredit: Malaysia Halal Food
Kalau korang kaki shopping, ni lima kelebihan utama kalau beli produk tempatan:
#1 Produk makanan yang lebih segar
Kredit: MYKPDNHEP
Sama ada sayur-sayuran, buah-buahan, daging, ayam, ikan dan sebagainya yang dibekalkan oleh petani dan pengeluar tempatan, semua confirm lebih fresh berbanding yang diimport, sebab tempoh logistik yang lebih pendek.
Kalau bahan makanan dari luar negara pulak, ia mengambil masa yang lama bergantung kepada lokasi. Sebagai contoh, kalau korang beli daging lembu dari Australia. Jarak pengangkutan dari ibu kota Canberra ke Kuala Lumpur adalah 6,533km! 2-3 hari baru sampai kat pasaraya korang.
#2 Produk makanan yang lebih selamat bagi kesihatan
Kredit: MYKPDNHEP
Produk makanan tempatan juga lebih selamat untuk kesihatan kita sebab kita tau jenis racun perosak dan pengawet yang digunakan berbanding jika kita beli produk luar negara!
Bukan tu je, risiko pencemaran makanan macam E.coli dan salmonella pun kurang, sebab produk makanan tempatan rata-ratanya mesti melepasi standard ketat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan seperti MAFI dan MKMPK bagi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua.
#3 Mengurangkan penggunaan bahan api fosil
Dalam hal pengimportan barangan, lebih jauh perjalanan, lebih banyak penggunaan bahan api fosil. Korang tau tak, semua tenaga yang digunakan untuk mengangkut makanan melalui kapal terbang, kereta api, lori, dan kapal laut menyumbang kepada pemanasan global dan kualiti udara yang tidak sihat?
Pengimportan produk makanan juga telah mengakibatkan hampir 250,000 tan gas yang dikeluarkan, menyebabkan pemanasan global semakin teruk. Tu belum termasuk aktiviti pengilangan lagi tau. So kalau sayang bumi ni, jom mula beli produk tempatan! Sumbangan kecil korang boleh memberi kesan positif yang besar!
#4 Menyokong para usahawan, petani dan pengeluar tempatan #kitajagakita
Kredit: MYKPDNHEP
Tak kira produk tempatan apa pun yang korang beli, ia sekaligus menyokong para usahawan, petani dan pengeluar tempatan kita dan menggalakkan mereka untuk terus mengeluarkan produk-produk yang berkualiti. Ini secara langsung turut menyumbang kepada peluang pekerjaan yang lebih banyak.
#5 Membantu dalam meningkatkan ekonomi negara
Kredit: MYKPDNHEP
Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita dan perlaksanaan PKP telah menyebabkan banyak perniagaan perlu ditutup, yang sudah tentu memberi kesan besar terhadap ekonomi negara. Industri PKS terutamanya adalah antara yang paling terjejas.
Sebab tulah pentingnya untuk kita semua menyokong produk tempatan di saat yang genting ni bagi membantu memulihkan ekonomi negara. Takyah susah-susah, beli je apapun online!
#Barangbaikbarangkita, jadi jom #belanjauntukMalaysia!
Kredit: MYKPDNHEP
PENJANA yang diumumkan kerajaan pada tahun ni bertujuan untuk menjana semula ekonomi negara disebabkan oleh pandemik, dan salah satu inisiatifnya ialah Kempen Beli Barangan Malaysia atau KBBM.
Tak kiralah kedai, pasaraya atau e-Dagang mana korang shopping atau app e-Dompet atau e-Penghantaran apa korang guna, korang boleh sertai KBBM ni dengan mudah! Beli je pakaian, makanan, atau apa jua produk tempatan yang boleh didapati kat tempat atau platform tu.
Kredit: MYKPDNHEP
Bukan tu je, ada banyak tawaran menarik bagi menggalakkan pembelian produk tempatan, contohnya macam diskaun dan pulangan tunai!
Untuk info lanjut tentang KBBM, layari laman Facebook Lima Dmenara.
Tunggu apa lagi? Berbelanjalah untuk Malaysia dan bersama kita menyumbang kepada ekonomi negara!