5 Gaya Hidup Baharu Kena Buat Supaya Badan Boleh Pakai Lama

5 gaya hidup baharu kena buat supaya badan boleh pakai lama

Kredit: Freepik

Normal baharu, bukan sekadar untuk melindungi kita daripada Covid-19 dan memutuskan rantaian wabak, tetapi normal baharu yang lebih sihat perlu dijadikan gaya hidup masa kini.

Jika sebelum ini kita makan apa je yang dihidang di depan mata dan lakukan semua perkara yang diingini tanpa mengambil kira kesannya kepada diri... Pendek kata, apa sahaja yang pantas dan mudah, menjadi pilihan. Kini kebiasaan ini perlu ditukar.

Iyalah, badan ni kan nak pakai lama. Muda-muda ni memanglah serba serbi tip-top. Kesannya akan lebih ketara bila dah semakin berusia. Nak kekal sihat dan bertenaga? Jom mulakan dengan menukar gaya hidup baharu daripada sekarang. Antara yang korang boleh lakukan termasuklah:

#1 Jauhi makanan tinggi gula & lemak

Pantang je dengar tempat makan viral, mesti nak cuba rasa. Tak kisahlah makanan tu tinggi

gula dan kolesterol. Pengambilan lemak dan gula berlebihan boleh sebabkan peningkatan berat badan, tekanan darah tinggi dan diabetes.

#2 Kekal tenang

Banyakkan senyum, jangan stress dan kekal positif. Stress yang tidak terkawal adalah merbahaya dan boleh meningkatkan risiko penyakit mental, masalah jantung, strok dan kemurungan.

#3 Makan suku-suku-separuh

Kalau sebelum ni pantang nampak makanan sedap, mesti tambah berkali-kali. Apa kata korang tukar gaya hidup dengan mengamalkan pinggan sihat Malaysia. Tak susah pun. Korang cuma kena ambil hidangan utama yang lengkap dengan gizi yang diperlukan tubuh dalam kuantiti suku karbohidrat termasuk mi dan nasi, suku protein iaitu daging, ikan dan ayam serta separuh serat yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.

#4 Konsisten bersenam

Dah dapat 10,000 langkah sehari pun susah kan? Tetapi itu semua bukan alasan. Mulakan sedikit demi sedikit, tetapi kenalah konsisten. Paling mudah, cari sahaja video senaman di YouTube dan follow je step tu. Confirm berjurai peluh!

#5 Pantau kesihatan

Walaupun nampak dan rasa sihat, tetapi pastikan korang buat pemeriksaan kesihatan rutin setiap 6 bulan. Daripada ujian tu bolehlah tahu kandungan kolesterol, tekanan darah, paras gula dalam darah dan sebagainya. Jika ada sebarang penyakit, bolehlah kesan awal dan ambil tindakan sewajarnya.

Tetapi, korang kenalah tukar gaya hidup ni secara konsisten. Bukan sebulan dua je tau!

Selain itu, korang juga boleh amalkan Jus Nusantara Gold untuk kekal sihat bertenaga.

Jus Nusantara Gold mengandungi 1,001 rahsia khasiat herba, warisan pati herba asli yang diformulasi daripada herba-herba nusantara berserta bahan bahan seperti delima, habbatus sauda, madu, kurma dan gabungan beberapa herba seperti temulawak, halia bara, cekur, kunyit, halba, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada hitam. Sesuai untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas.

Nak tahu lebih lanjut lagi tentang produk Jus Nusantara Gold, “like” dan “follow” Instagram dan Facebook ALMAS Beauty & Health.

Apa tunggu lagi? Jomlah dapatkan “Jus Nusantara, Penghulu Segala Produk”!