Imej dari Daily Baskar.
Kenapa mandi air sejuk jauh lebih baik, ini sebab-sebabnya:
1. Air sejuk terapi terbaik untuk mengatasi masalah depressi anda
Berdasarkan satu kajian, setiap orang yang cuba mandian ais hydroterapi mampu merawat tekanan. Apabila air sejuk disiram ke tubuh, ia akan membuatkan anda merasa lebih tenang.
2. Air sejuk membakar lemak
Terdapat dua jenis lemak dalam tubuh badan, white fat (lemak yang hanya boleh dihapuskan dengan bersenam) serta brown fat (lemak yang terkumpul di dalam badan dan ia diperlukan untuk menghangatkan suhu badan keika sejuk).
Bila anda mandi menggunakan air sejuk, brown fat akan menjadi aktif untuk menghangatkan suhu badan anda dan ia akan membakar kalori dengan meningkatkan kadar metabolisme badan. Kiranya setiap kali mandi air sejuk, anda akan membakar kalori.
3. Rambut lebih sihat dan bersinar
Air sejuk juga menyihatkan serta mencantikkan rambut anda. Air sejuk mengecilkan liang pori dan menghindar dari pori tersebut. Dalam erti kata lain, tiada lagi masalah jerawat!
Setiap kali mandi air sejuk, sebaiknya anda curahkan air di tapak kaki dahulu, kemudian ke paha, perut, dada dan kepala. Suhu sejuk boleh buat anda sesak nafas tapi jangan risau kerana ia adalah proses untuk menghangatkan tubuh badan dan seterusnya meningkatkan pengaliran oksigen.
Sumber: Cosmopolitan