10 Penyebab Jantung Jadi Bengkak Dan Membesar

Kita mungkin biasa terdengar tentang penyakit berkaitan jantung seperti jantung berlubang atau jantung tersumbat. Penyakit-penyakit ini menjadi antara pembunuh nombor di Malaysia.

10 penyebab jantung jadi bengkak dan membesar

Terdapat juga satu kondisi berkaitan jantung yang boleh terjadi tapi bukanlah sejenis penyakit dan terjadi disebabkan faktor lain iaitu jantung bengkak, atau disebut juga sebagai cardiomegaly.

10 penyebab jantung jadi bengkak dan membesar

Cardiomegaly merujuk kepada saiz jantung yang membesar atau membengkak. Ia dapat dikesan dengan melakukan ujian sinar-X. Antara simptom cardiomegaly adalah:

  • Degupan jantung yang tidak normal
  • Sakit dada
  • Batuk
  • Pening
  • Keletihan yang melampau
  • Sesak nafas
  • Perut kembung
  • Bengkak pergelangan kaki, kaki, dan kaki

 

Jantung boleh membesar jika otot bekerja dengan kuat sehinggakan dinding jantung menebal. Ia boleh berpunca daripada stres jangka pendek terhadap badan seperti kehamilan atau penyakit lemah otot jantung, penyakit arteri koronari, masalah injap jantung dan aritmia (degupan tidak tetap).

10 penyebab jantung jadi bengkak dan membesar

Antara punca terjadinya jantung membengkak adalah:

  1.  Tekanan darah tinggi yang memaksa jantung bekerja lebih kuat mengepam darah ke seluruh badan.
  2.  Penyakit injap jantung
  3.  Kardiomiopati
  4.  Hipertensi pulmonari
  5.  Penyakit arteri koronari
  6.  Penyakit tiroid
  7.  Pernah mengalami serangan jantung
  8.  Obesiti
  9.  Kurang bersenam
  10. Umur yang kian meningkat

 

Justeru, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor lebih-lebih lagi jika anda mempunyai sejarah keluarga berkenaan penyakit jantung bengkak. Selalulah bersenam dan amalkan gaya hidup sihat serta pemakanan yang seimbang.

 

Sumber: Hello Doktor