Korang Freshie Wanita Yang Baru Start Bekerja? Ni 10 Basic Workwear Kena Ada

korang freshie wanita yang baru start bekerja? ni 10 basic workwear kena ada

Kredit: Freepik

Korang fresh grad yang baru diterima bekerja ke? Jika ya, tahniah! Selamat memasuki alam baru iaitu dunia pekerjaan. Dunia pekerjaan ni lebih mencabar tau, dan penampilan diri adalah salah satu faktor penting yang mesti korang ambil berat untuk membentuk first impression yang positif.

Tampil matang, sofistikated dan profesional dengan 10 basic workwear wajib ada ni:

#1 Blazer hitam (RM109)

korang freshie wanita yang baru start bekerja? ni 10 basic workwear kena ada

Kredit: Zalora

Kalau korang dapat kerja korporat, blazer hitam ni wajib ada. Dapatkan yang well-fitted dan berpoket untuk memudahkan korang. Ia sangat versatil sebab boleh dipadankan dengan baju kolar putih atau blaus bercorak.

#2 Baju kolar putih lengan panjang (RM62.90)

korang freshie wanita yang baru start bekerja? ni 10 basic workwear kena ada

Kredit: Zalora

Padankan baju kolar putih dengan blazer kalau tempat kerja korang agak konservatif atau korporat.

#3 Blaus lengan panjang (RM80.90)

korang freshie wanita yang baru start bekerja? ni 10 basic workwear kena ada

Kredit: Zalora

Kalau ofis korang punya dress code tak terlalu strict, bolehlah pakai blaus dengan warna yang ceria sikit, macam blaus lengan panjang warna oren ni.

#4 Seluar slacks (RM85)

korang freshie wanita yang baru start bekerja? ni 10 basic workwear kena ada

Kredit: Zalora

Seluar slacks warna hitam mudah dipadankan dengan apa saja warna baju. Pastikan seluar korang tak terlalu ketat atau longgar, dan cecah bawah sikit daripada buku lali.

#5 Skirt labuh (RM112.90)

korang freshie wanita yang baru start bekerja? ni 10 basic workwear kena ada

Kredit: Zalora

Muslimah-muslimah bolehlah pakai skirt labuh di tempat kerja kalau tak selesa nak berseluar.

#6 Cardigan (RM122.90)

korang freshie wanita yang baru start bekerja? ni 10 basic workwear kena ada

Kredit: Zalora

Cardigan penting lagi-lagi kalau ofis korang sejuk gila. Ia juga versatil dan boleh digayakan secara business casual atau casual je kalau dress code tak strict.

#7 Dress panjang (RM31.90)

korang freshie wanita yang baru start bekerja? ni 10 basic workwear kena ada

Kredit: Zalora

Padankan dress panjang macam ni dengan cardigan. Pastikan tona kedua pakaian ni matching tau.

#8 Kasut tumit bertutup (RM89)

korang freshie wanita yang baru start bekerja? ni 10 basic workwear kena ada

Kredit: Zalora

Kasut tumit bertutup boleh buat korang tampil lagi profesional, tapi pastikan tumit tak terlalu halus dan tinggi demi keselamatan dan keselesaan korang masa bekerja.

#9 Tote bag (RM59)

korang freshie wanita yang baru start bekerja? ni 10 basic workwear kena ada

Kredit: Zalora

Tote bag saiz besar atau sederhana besar amat membantu kalau korang kena usung pelbagai dokumen penting, komputer riba mahupun tablet.

#10 Tali pinggang (RM26.90)

korang freshie wanita yang baru start bekerja? ni 10 basic workwear kena ada

Kredit: Zalora

Kalau seluar, dress atau skirt rasa macam longgar, bolehlah pakai tali pinggang bagi nampak kemas sikit. Selain tu ia juga boleh menyerlahkan lagi penampilan korang.

Macam mana dengan koleksi workwear korang? Dah lengkap ke belum? Paling penting, selain sarung workwear yang menyerlahkan gaya sofistikated, korang kenalah pilih workwear yang membuatkan korang selesa untuk dipakai sehari-hari. 

ARTIKEL BERKAITAN