Zendaya Akui Teruja Kenali Kekasih, Tom Holland Sejak Zaman Remaja Lagi

Selebriti muda Hollywood, Zendaya akui bahawa dirinya gembira kerana dapat membesar bersama-sama pasangan kekasihnya iaitu Tom Holland, dan rakan-rakan pelakon filem Spider-Man yang lain.

zendaya akui teruja kenali kekasih, tom holland sejak zaman remaja lagi

Memetik laporan Pop Daily, pelakon filem Spider-Man yang berusia 24 tahun itu bersyukur kerana diberi peluang untuk membintangi filem francais Marvel yang dibikin semula iaitu Spider-Man, terutamanya atas persahabatan yang dijalinkan bersama bintang-bintang lain filem terbabit.

“Kami semua berasa terlalu asyik dan meluangkan masa untuk menikmati momen tersebut, berada bersama-sama dan berasa sangat bersyukur atas pengalaman itu,” katanya ketika berbicara mengenai sambungan filem ketiga Spider-Man yang bakal muncul di layar perak tidak lama lagi, iaitu Spider-Man: No Way Home.

Lanjutnya lagi, ia sungguhnya merupakan kenangan yang manis namun pahit pada masa yang sama kerana kesemua barisan pelakon filem tersebut tidak pasti sekiranya mereka akan dapat kembali menjalani penggambaran bersama lagi pada masa akan datang.

Kali pertama barisan pelakon filem terbabit mula menjalani penggambaran bersama adalah sekitar 2016 untuk filem Spider-Man: Homecoming.

Turut memegang teraju utama dalam filem yang sama ialah kekasih Zendaya, iaitu pelakon Tom Holland yang melakonkan watak Spider-Man sendiri.

Awal bulan ini, Zendaya dan Holland, 25, didedahkan menjalinkan hubungan percintaan antara satu sama lain. Bagaimanapun, pasangan tersebut dikatakan telah lama bergelar kekasih, dan bukanlah baru seperti mana yang didakwa sesetengah pihak.

Terdahulu, terdapat sumber yang pernah memberitahu majalah People sekitar Julai 2017 mengenai hubungan pasangan itu.

“Mereka mula bercinta ketika menjalani penggambaran Spider-Man,” kata sumber tersebut.

Lanjut sumber itu lagi, “Mereka sangat berhati-hati demi merahsiakan hubungan tersebut dan agar jauh dari pandangan orang ramai, bagaimanapun mereka pernah bercuti bersama dan sentiasa mencuba untuk menghabiskan masa sebanyak mungkin untuk satu sama lain.”

Terdapat juga sumber lain yang menambah, “Mereka berdua sangat bercita-cita tinggi dan mereka saling mencabar antara satu sama lain – tetapi yang paling penting, mereka saling melengkapi satu sama lain. mereka nampaknya berkongsi humor yang sama dan suka bergurau sesama sendiri.”

 

Sumber: [1]