Yuri Girls' Generation Masih Tinggal Di Asrama Kumpulan Walaupun Selepas 14 Tahun Debut

Anggota Girls’ Generation, iaitu Yuri mendedahkan bahawa dirinya masih tinggal di asrama kumpulan tersebut walaupun kebanyakan yang lain telah pun berpindah rumah selepas 14 tahun debut.

yuri girls' generation masih tinggal di asrama kumpulan walaupun selepas 14 tahun debut

“Rumah orang tua saya terletak berhampiran dengan asrama kami. Saya masih tinggal di asrama dengan salah seorang anggota lain.

Mereka yang lain kini tinggal bersendirian, jadi hanya ada saya dan Hyoyeon di asrama. Rumah Hyoyeon terletak di Incheon.

Ketika kami semua berpisah untuk tinggal sendiri, saya juga pulang ke rumah ibu saya,” katanya ketika muncul sebagai tetamu jemputan dalam program My Little Old Boy.

Tambahnya, “Tetapi ketika saya bekerja dan pulang pada waktu subuh, corak gaya hidup saya tidak sesuai dengan gaya keluarga saya.

Kami mempunyai anjing peliharaan, tetapi jika saya pulang pada waktu subuh, anjing itu akan menyambut saya dengan salakan sehingga membangunkan ibu bapa saya.

Mereka bangun dan berusaha menyuruh saya makan buah dan saya berasa sangat kesal kerana menganggu mereka.”

Yuri kemudian ditanya dengan penuh gurau sekiranya ia tidak apa-apa mengejutkan Hyoyeon pada waktu subuh.

“Hyoyeon sebenarnya masih terjaga sehingga saat itu,” jawabnya.

 

Sumber: [1]