Selepas 3 tahun, akhirnya Yuna telah melancarkan album terbarunya berjudul Rouge. Jika sebelum ini kita melihat Yuna memberi sedikit teaser melalui media sosialnya, namun hari ini Rouge boleh didengari di semua platform media.
Rouge mempunyai 11 tracks dan membariskan 7 artis ternama. Antara artis yang berkolaborasi dengan Yuna untuk album kali ini ialah Tyler, the Creator (Castaway), G-Eazy (Blank Marquee), Miyavi (Teenage Heartbreak), Little Simz (Pink Youth), Kyle (Likes), Masego (Amy), dan Jay Park (Does She).
Perkara yang paling unik akan album ini adalah lagu melayu yang diletakkan sebagai track terakhir album ini. Track berjudul Tiada Akhir ini mempunyai elemen puisi tradisional melayu dan sangat mendalam liriknya.
Untuk album ini juga, Yuna tidak sekadar bercerita tentang kisah cinta atau patah hati. Namun, tema yang dibawa oleh Yuna lebih meluas dan mempunyai cerita yang tersendiri. Sebagai contoh, track bertajuk Likes menceritakan bagaimana beliau sering dikritik sebagai seorang artis.
Masih lagi dibawah label yang sama iaitu Verve Record, Yuna juga bakal memulakan jelajah Rouge pada 14 Julai. Menariknya, Yuna akan menjelajah di beberapa tempat baru seperti di Manila.
Good luck, Yuna untuk album terbaru ini! Harap-harap dapatlah tercalon untuk mana-mana kategori dalam Anugerah Grammy!
Oleh Azwar Kamaruzaman