Youngjae GOT7 Kongsi Cara Berdepan Dengan Fikiran Negatif

Ahli kumpulan GOT7, Choi Youngjae berkongsi tips peribadi mengenai cara membuat dirinya lebih bahagia.

Menerusi temu ramah bersama majalah The Star, ujarnya, ketika dia mula memikirkan tentang fikiran yang tidak menyenangkan atau negatif, dia akan terus melakukan kerja-kerja rumah untuk mengalih perhatiannya daripada terus berperang dengan perasaan sendiri.

Kerja-kerja rumah yang dilakukannya termasuklah membersihkan rumah, mencuci pinggan dan adakalanya, menyingkirkan habuk yang dijumpainya.

youngjae got7 kongsi cara berdepan dengan fikiran negatif

Menurutnya, berbuat demikian membantu dirinya daripada terus memikirkan tentang perihal negatif yang berlegar-legar dalam kotak fikirannya.

Selain itu, dia turut ditanya mengenai perancangannya sebagai penyanyi memandangkan kesemua ahli GOT7 kini ligat mengorak langkah mereka sebagai artis solo setelah menamatkan dengan JYP Entertainment.

Kongsinya, dia berhasrat untuk menonjolkan bakatnya dengan genre ballad menerusi hasil karya solonya pada masa akan datang.

 

Sumber: Soompi