Pelakon Mat Kilau, Yayan Ruhian Sebenarnya Guru Silat, Ajar Silat Sejak 17 Tahun

Dalam diam, pelakon filem fenomena Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan asal Indonesia ini, Yayan Ruhian, sebenarnya telah mendalami ilmu persilatan sejak zaman remaja lagi.

pelakon mat kilau, yayan ruhian sebenarnya guru silat, ajak silat sejak 17 tahun

Beliau bahkan pernah bergelar seorang guru silat sebelum akhirnya menjadi pelakon sekitar 2009.

“Saya seorang guru persilatan yang sudah mendalami ilmu seni bela diri ini hampir 30 tahun. Saya mula mengajar silat sejak berusia 17 tahun lagi.

“Tuhan aturkan ketentuan yang tidak kita tahu. Pada 2008, saya diperkenalkan dengan Gareth yang ketika itu sedang menghasilkan sebelum filem dokumentari berkenaan seni persilatan.

“Melihat pada kesesuaian karakter, mereka mempelawa saya untuk menyertai produksi filem berkenaan sebagai pelakon. Boleh saya katakan, filem Merantau itu adalah permulaan bagi kelahiran saya di dalam dunia lakonan,” katanya kepada portal akhbar tempatan.

Tambah Yayan, biarpun dihadapkan dengan tanggungjawab sebagai pelakon baik dalam dan luar negara, dia bagaimanapun tetap tidak melupakan asal usulnya sebagai seorang guru silat.

“Saya masih mengajar silat. Bila berkesempatan, saya akan mengajar dan pada masa sama belajar dari murid-murid saya di sebuah perguruan silat yang berlokasi di Jakarta.

“Meskipun berasal dari kepulauan Jawa, saya seringkali ke Jakarta untuk mengajar di sana,” kongsinya.

Selain filem tempatan, Yayan Ruhian turut pernah membintangi beberapa filem Hollywood termasuk Star Wars: The Force Awakens, Beyond Skyline dan terbaru, John Wick: Chapter 3 di samping pelakon ternama dunia, Keanu Reeves.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN