Wanita Sambut Hari Jadi Ke-128, Suka Makan Bayam & Minum Susu

Seorang wanita Afrika Selatan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-128 baru-baru ini.

wanita sambut hari jadi ke-128, suka makan bayam & minum susu

Dia juga dipercayai mampu menjadi individu tertua yang masih hidup di dunia.

Johanna Mazibuko dilaporkan memiliki kertas pengenalan diri yang menunjukkan dia dilahirkan pada 1894, yang mana sejak dari itu, dia pernah menempuh penjajahan British, dasar pengasingan kaum yang dikenali sebagai apartheid dan dua perang dunia.

Wanita berusia lebih satu abad itu memberitahu News24 bahawa dia dilahirkan di ladang jagung dan merupakan anak sulung daripada 12 beradik, tiga daripadanya masih hidup sehingga kini.

Berkongsi mengenai rahsia umur panjangnya, Johanna berkata gabungan susu segar dan bayam liar telah membantunya hidup selama ini.

“Kami tinggal dengan baik di ladang. Tidak ada masalah.”

Dia berkata dietnya semasa dia membesar kebanyakannya adalah susu segar dan bayam liar.

“Sekarang, saya makan makanan moden.

“Saya sudah biasa, tetapi saya merindui makanan ketika saya membesar,” katanya.

Johanna berkahwin dengan duda yang lebih tua pada usia yang tidak dapat diingatinya dan mereka dan mereka dikurniakan tujuh anak daripada perkahwinan tersebut yang mana dua daripadanya masih hidup sehingga kini.

Menurutnya, mendiang suaminya melayannya dengan begitu baik sehingga membuatkan diri lupa akan kehidupan sebelum ini.

Dia juga mempunyai 50 cucu dan cicit.

Orang kampung Johanna di Afrika Selatan telah cuba mencari cara untuk membolehkannya diiktiraf secara rasmi oleh Buku Rekod Guinness.

Salah seorang penduduk kampung, OJ Madikong merupakan antara individu yang cuba untuk menguar-uarkan kisah mengenai wanita itu.

Walaupun dia sering bergelut dengan pendengaran, Johanna digambarkan sebagai seorang wanita yang cukup berdikari untuk bergerak di sekitar rumahnya sambil diperhatikan orang ramai dari luar tingkap.

 

Sumber: [1]