Wanita Di Malaysia Kurang Gemar Dengan Pakaian Warna Kuning?

Jika anda menyelusuri laman sosial, pasti anda akan mendapati kebanyakkan OOTD wanita di Malaysia lebih gemar dengan warna seperti hitam, putih, biru dan merah jambu.

 

Namun mungkin amat sedikit daripada kenalan anda yang akan menggayakan baju berwarnakan kuning.

wanita di malaysia kurang gemar dengan pakaian warna kuning?

Meskipun begitu, warna kuning marigold telah menduduki carta Top 20 elemen fesyen popular bagi tahun 2020.

wanita di malaysia kurang gemar dengan pakaian warna kuning?

Jadi, persoalan timbul mengapakah wanita di Malaysia tidak gemarkan warna kuning?

 

Memetik laporan dari Sinar Plus, Pereka Fesyen dan Pengasas Rico Rinaldi, Rico Rinaldi Tono (Rico) berkata, wanita tempatan gemar memilih warna-warna selamat.

wanita di malaysia kurang gemar dengan pakaian warna kuning?

Kuning disifatkan hampir sama dengan warna kulit orang Malaysia, dan secara lazimnya ia akan membuatkan seseorang itu nampak terlalu menonjol.

 

Masalah warna kuning ini juga timbul kepada para hijabista yang ragu-ragu untuk berfesyen dengan fesyen kuning kerana beranggapan warna terbabit susah untuk dipadankan.

wanita di malaysia kurang gemar dengan pakaian warna kuning?

Misalnya, ramai tidak tahu untuk memadankan warna kuning pakaian dengan warna tudung yang matching. Itu belum lagi soal warna beg tangan dan kasut yang masuk dengan warna baju kuning yang dipakai.

 

Bagaimanapun, Rico berkata, meskipun penerimaan warna kuning dalam industri fesyen tempatan sedikit lewat, namun akan menjadi warna utama dalam pasaran fesyen negara ini bagi tahun 2021.

 

Sumber: Sinar Plus