Wanita Filipina Jahit Baju Guna Sampah Kitar Semula, Termasuk Surat Khabar & Guni Beras!

Seorang tukang jahit dari FIlipina bernama Lenora Buenviaje membuat pakaian daripada bahan terbuang dan berkata memakai pakai yang diperbuat daripada barangan seperti surat khabar kitar semula, pembungkus plastik dan guni beras boleh menjimatkan sambil bergaya.

wanita filipina jahit baju guna sampah kitar semula, termasuk surat khabar & guni beras!

Tukang jahit Filipina berusia 51 tahun itu menjahit dan menganyam plastik dan bahan lain menjadi gaun yang kreatif dan bergaya, yang adakalanya dilengkapkan bersama hiasan kepala.

Ada antara pakaiannya yang dijahitnya dijadikan sebagai gaun perkahwinan dan sebagainya, kongsinya, serta dijual antara harga AS$30 (RM125) hingga AS$50 (RM209).

Gaunnya kadangkala digunakan dalam pertandingan kecantikan dan pertandingan, katanya.

“Saya gembira apabila mereka menang, reka bentuknya mudah tetapi mereka masih menang.”

Buenviaje juga berhasrat untuk menganjurkan sendiri acara fesyen bagi mempamerkan dan memberi inspirasi kepada orang untuk mencipta pakaian daripada bahan kitar semula.


Sumber: [1]