Wanita Ini Diberi Gelaran Petani Cantik Di Kampungnya

Seorang wanita yang bekerja sebagai petani cendawan menjadi tular di media sosial gara-gara kejelitaannya.

wanita ini diberi gelaran petani cantik di kampungnya

Wanita itu tular selepas kehidupannya sebagai petani dikongsikan bersama saluran YouTube yang bernama Desa serta digelar gadis kampung cantik dari kampung terpencil di Tasikmalaya, Indonesia.

Dalam video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Santi itu dilihat berpakaian serba ringkas bersama tudung warna hitam, sambil menuai cendawan. Setiap pagi, dia akan berjalan ke kawasan penanaman cendawan dan mengutip cendawan yang telah siap dituai.

Rata-ratanya, ramai yang memuji kegigihan Santi selain turut terpesona dengan kecantikannya.

Menurut media tempatan yang menemu bual pemilik saluran YouTube terbabit, iaitu Dany Ramdany, wanita itu merupakan seorang penternak cendawan muda yang berasal dari kampung terpencil ke Tasikmalaya.

“Santi tinggal di Tasikmalaya. Semalam vlog terakhir dia. Sebab dia nak fokus pada pelajaran. Dia anak malang, umur dua tahun ibu bapa dia dah tinggalkan dia, dia jaga nenek dia. Selepas itu, nenek dia meninggal, dia dijaga oleh kayak ibunya,” kata Dany yang telah aktif membuat video mengenai kehidupan luar bandar lebih dari dua tahun.


Sumber: Wolipop