Seorang penulis rancangan variety Infinite Challenge, iaitu Kim Yoon Eui baru-baru ini tampil dalam The Museum of Broken Hearts dan berkongsi mengenai pertemuannya bersama salah seorang anggota kumpulan K-Pop popular, Kai EXO.
Buat mereka yang tidak tahu, rancangan tersebut bertemakan para tetamu mendapat bantuan untuk ‘membuang’ barang-barang lama mereka yang nilai kenangan.
Menerusi episod yang ditayangkan pada 26 Mei itu, Kim membawa seluar jeans yang pernah dipakainya ketika penggambaran untuk salah satu episod Infinite Challenge yang pernah viral.
Namun dia tidak pernah menyangka bahawa episod tersebut yang mana dia pernah dipanggil untuk menari secara spontan akan menjadi viral di YouTube.
Tambah Kim, dia masih mendapat panggilan mengenai episod tersebut sehingga hari ini dan bergurau bahawa dia bimbang sekiranya dia akan terus memperoleh panggilan mengenai episod terbabit sehingga dia berusia 70 tahun, lantas menyebabkan dia ingin membawa seluar jeans itu untuk ‘dibuang’.
Salah seorang hos rancangan tersebut kemudian berkata, “Maka mesti ada banyak juga selebriti yang mengenali anda.”
Jawab Kim, “Ada satu masa saya pernah bertemu dengan Kai EXO untuk penggambaran rancangan.”
Jelasnya, Kai mengenalinya dan sangat gembira melihatnya.
Tambah Kim lagi, “Jadi salah seorang anggota staf di situ berkata kepada saya, ‘Oh, Kai sangat gembira melihat anda, anda harus menari untuknya!’ Tetapi kami sedang berada dalam proses penggambaran, membuatkan saya berada dalam situasi yang sukar dan kekok.”
Namun menurut Kim, Kai kemudian melangkah ke depan untuk melindunginya dengan mengatakan, “Seorang penari sejati tidak hanya menari di mana-mana sahaja. Jangan menari. Saya tidak mengatakan anda harus melakukan perkara tersebut.”
Kim kemudian akui bahawa dia terharu dengan kelakuan Kai dan berkata, “Jadi pertemuan saya dengan Kai tetapi merupakan kenangan yang amat baik.”
Sumber: [1]