Wanita Belanja Wang Simpanan RM600k Demi Bina Jambatan Pejalan Kaki Untuk Anak

Seorang ibu penyayang yang tinggal di wilayah Henan, China dilaporkan berhabis lebih daripada satu juta yuan (RM618,750) untuk membina dua jambatan pejalan kaki di hadapan sekolah anaknya, demi memastikan anak kecil itu bersama para pelajar lain dapat menyeberang jalan dengan selamat.

wanita belanja wang simpanan rm600k demi bina jambatan pejalan kaki untuk anak

Wanita tersebut, yang hanya dikenali dengan nama keluarga Meng, baru-baru mengatakan kepada stesen televisyen tempatan bahawa jalan di luar sekolah anaknya itu sering sesak ketika ibu bapa turun untuk mengambil anak-anak mereka.

Tambah lagi, tiada lampu isyarat yang dipasang di sekitarnya, sekali gus menjadikan menyeberang jalan perkara berbahaya untuk para pelajar dan guru.

Alasan lain mengenai sebab dia sanggup mengeluarkan wang simpanannya sendiri untuk membina jambatan tersebut adalah kerana sekolah tersebut terletak di tingkat bawah. Lantaran itu, lopak air yang terdapat di atas jalan raya sering menyebabkan anaknya itu pulang dalam keadaan kakinya yang basah kuyup.

Difahamkan kedua-dua jambatan kaki tersebut, salah satunya hampir selesai pembinaannya sementara yang satu lagi masih berada dalam tahap peletakan landasannya. Namun, Meng yang mendana projek tersebut tidak mendedahkan identitinya secara penuh dan hanya ingin dikenali sebagai dermawan misteri.

Lebih mengejutkan, anaknya sendiri pun langsung tidak mengetahui bahawa dia ialah dermawan tersebut.

Alasannya adalah kerana dia tidak mahu anaknya itu berasa megah mengenai perkara tersebut terhadap para pelajar lain. Meng hanya berharap agar sumbangannya itu dapat membantu menjaga keselamatan para pelajar dan tenaga pengajar sekolah serta membolehkan kesemua para pelajar tersebut memperoleh pendidikan dengan baik.

“Saya hanya melakukan apa yang saya mampu lakukan. Anda tidak dapat membawa wang bersama apabila meninggal dunia dan saya tidak perlu meninggalkan wang yang terlalu banyak untuk anak saya,” katanya.

“Saya akan memanggil jambatan tersebut sebagai Jambatan Kebijaksanaan. Pelajar yang melintasi jambatan tersebut akan menjadi lebih bijak dan bijak.”

Kisah ini telah mendapat perhatian di China, dengan kebanyakan pengguna media sosial memuji wanita tersebut atas sumbang baiknya. Kata mereka, dia berupaya untuk melakukan pelbagai perkara yang menguntungkan diri dan keluarganya sendiri dengan wang sebanyak itu, namun tetap juga dia memutuskan sesuatu yang dapat memanfaatkan keseluruhan masyarakat.

 

Sumber: [1]