Penyanyi antarabangsa kelahiran Malaysia, Yuna sekali lagi muncul pada papan iklan di bandar metropolitan New York. Kali ini, beliau mewakili wajah penyanyi dari Asia bagi mempromosi sebuah kempen yang dianjurkan oleh Spotify.
Bukan setakat di kota New York, wajah Yuna juga turut dinaikkan pada billboard di Philadelphia untuk kempen yang sama. Penyanyi yang pernah berduet dengan Usher itu tampil dengan jacket berwarna merah yang juga tema kepada album studionya yang terkini berjudul Rouge.
Melalui akaun twitter @indpop, Yuna dikatakan bakal melancarkan lagu terbarunya berjudul“Stay Where You Are” pada 15 Mei ini. Wow! Terbaru, Yuna telah melancarkan single terbaru bersama kumpulan Adventure Club yang berjudul Rebellious.
Sumber: Twitter @indpop