Tiga Pelajar Malaysia Terima Anugerah Khas Di Universiti Amerika Syarikat

tiga pelajar malaysia terima anugerah khas di universiti amerika syarikat

Tiga pelajar Malaysia yang menuntut dalam Pengajian Ijazah Sarjana Muda Microbiologi di Michigan Universiti, Amerika Syarikat telah meraih kejayaan luas biasa. Mereka menerima Class of 2020 Deparmental Award dari Department of Microbiology and Molecular Genetics, College of Natural Science.

Pelajar yang menerima tajaan JPA tersebut ialah Nurul Izzati Mohamed, Nurul ‘Iffa Nazirah Taini Achim telah menerima anugerah Dietrich C. Bauer Scholarship Award (high Honor Distinction). Manakala seorang lagi pelajar, Aqilah Izzati Othman pula menerima Russel Duvall Endowed Scholarship Award (Research).

Menurut JPA, terdapat lapan anugerah yang dipertandingkan dan tiga daripadanya dimenangi oleh pelajar-pelajar tersebut. Anugerah itu dinilai berdasarkan kecemerlangan akademik sepanjang tempoh pengajian dan kualiti serta potensi kajian yang dijalankan.

Perghhh! Memang power lah! Bukan Malaysia je bangga, malah Michigan State University pun bangga apabila mereka memaparkan kejayaan pelajar-pelajar tersebut pada laman web rasmi mereka.

Tahniah!

Sumber: Astro Awani