Terbaik! Pemuda Indonesia Cipta Sendiri Vespa Skuter Elektrik

Seorang pemuda di Indonesia menjadi tular di media sosial apabila dia berjaya mencipta sebuah vespa skuter berkuasa elektrik.

terbaik! pemuda indonesia cipta sendiri vespa skuter elektrik

Pemuda tersebut yang dikenali sebagai Dhamar mula mencuri perhatian ramai apabila dia berkongsi satu entri berupa beberapa foto dan video vespa skuter elektrik ciptaannya itu bersama komuniti di kumpulan Facebook.

“Salam sejahtera buat semua, hanya ingin mencuba berkarya dan berkarya, kerana nak beli mahal, dan tak tahu caranya,” coretnya.

Dalam entri yang sama juga, Dhamar berkongsi fotonya menaiki kenderaan dua roda yang digubah semula sendiri.

Setakat artikel ini tulis, entri Dhamar di Facebook telah disukai lebih daripada 1.4 ribu warga netizen yang mana ramai memuji hasil cetusannya itu.

 

Sumber: [1]