Penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain, 53, berkongsi mengenai isi hatinya apabila berdepan dengan gosip ‘pedas’ yang pernah dilemparkan terhadapnya berkenaan hubungan dengan seorang VIP.
Terang pelantun lagu “Madah Berhelah itu”, “Orang akan cuba gosipkan kita dengan perkara yang kita tak pernah buat dan tidak terfikir boleh keluar.”
Namun, jelasnya lagi, perkara tersebut sedikit pun tidak memudarkan semangatnya selagi ibu bapanya ketahui tentang pendiriannya.
“Saya ambilnya (dengan redha) selagi ibu bapa saya tahu saya siapa, saya tahu saya siapa!”
Tidak hairanlah mengapa Ziana begitu dikenali dengan sikap profesionalisme miliknya dalam kalangan media serta pengikut setianya.
Baru-baru ini, penyanyi yang juga pernah mencipta nama dalam bidang lakonan menerusi filem Sembilu dan Maria Mariana itu menyambut ulang tahun yang ke-30 dalam meniti bidang seni.
Sumber: [1]