Tak Dapat Bermain Konsert Di Bumi, Coldplay Lancar Single Terbaru Terus Ke Angkasa!

Kerana tidak dapat bermain untuk audiens akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia, band popular dunia, Coldplay mengambil pendekatan unik iaitu dengan melancarkan single terbaru mereka berjudul “Higher Power” ke angkasa lepas!

tak dapat bermain konsert di bumi, coldplay lancar single terbaru terus ke angkasa!

Menurut laporan Reuters, band yang menempa populariti menerusi lagu “Yellow”. Itu dihubungkan dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk berbual dengan angkasawan Perancis, Thomas Pesquet, mengenai kehidupan di angkasa.

Lagi menarik, mereka turut berkongsi video persembahan untuk single terbaru mereka itu yang dirakamkan di ruang terbuka, berserta imej hologram ‘makhluk asing’ yang menari berentakkan lagu tersebut!

Video tersebut ditonton Pesquet dari dalam ruang komunikasi ISS.

tak dapat bermain konsert di bumi, coldplay lancar single terbaru terus ke angkasa!

Ketika berbual bersama Pesquet, vokalis Coldplay, iaitu Chris Martin sempat bercanda mengenai bagaimana mereka tidak dapat memainkan lagu tersebut secara langsung kepada sesiapa di Bumi, oleh kerana itu, mereka berkongsi lagu tersebut dengan Pesquet yang berada di angkasa.

“Sekarang ini kami tidak dapat memainkannya kepada sesiapa di Bumi, maka kami mainkan untuk anda,” ujar Martin apabila menyentuh mengenai single mereka yang baru sahaja dilancarkan pada 6 Mei itu.

Tambahnya lagi, “Ini seperti konsert untuk individu.”

Dalam perkembangan lain, Coldplay kini sedang dalam proses membuat persiapan untuk persembahan di konsert Glastonbury yang bakal bersiaran langsung dari dalam talian pada 22 Mei ini, setelah acara festival muzik itu dibatalkan sekali lagi untuk tahun ini berikutan pandemik COVID-19.

 

Sumber: [1]