Suga BTS Didedahkan Sebagai Seorang Yang Kuat Menderma

Anggota kumpulan K-Pop masyur, Suga BTS meraikan ulang tahun yang ke-28 pada 9 Mac lalu dengan melakukan amal kebajikan.

suga bts didedahkan sebagai seorang yang kuat menderma

Suga atau nama sebenar, Min Yoongi, difahamkan telah menyumbang wang kepada Pusat Perubatan Dongsan University Keimyung yang terletak di kampung halamannya, Daegu, Wilayah Gyeongsang Utara.

Menurut pengarah hospital tersebut, Cho Chiheum, “Kami sangat terharu dengan tindakan amal Suga. Saya berharap pengaruh positif seperti ini dapat terus berkembang dalam masyarakat kita.

“Saya juga benar-benar bangga dengan anggota BTS kerana meningkatkan prestij nasional dan berharap kumpulan tersebut terus memenangi hati orang ramai dari serata dunia.”

Menurut sumber hospital tersebut juga, Suga dikatakan telah meluahkan keinginan untuk menolong kanak-kanak yang tidak dapat menerima rawatan yang sepatutnya akibat kesulitan kewangan.

Selain itu, beliau juga berhasrat untuk melihat mereka sihat dan gembira.

Terdahulu pada 2019, Suga turut menyumbangkan 100 juta won, bersamaan dengan RM 363, 057.56 berserta 329 anak patung dengan nama ARMY fandom global BTS untuk menyokong pesakit barah kanak-kanak.

Februari lalu, Suga sekali lagi menyumbangkan 100 juta won kepada organisasi amal Hope Bridge Korea Disaster Relief Association demi membantu memerangi pandemik COVID-19.

Suga melakukan debut sebagai bintang K-Pop menerusi kumpulan BTS pada 2013.

Kumpulan tersebut berjaya meletakkan kedudukan mereka menjadi antara pemuzik termasyhur di peringkat global selain menembus pasaran muzik Amerika Syarikat hingga bergelar kumpulan pertama dari Korea Selatan yang menerima pencalonan daripada Anugerah Grammy pada tahun ini.

 

Sumber: The Korea Times