Song Ji Hyo Buka Cerita Mengenai Salah Faham Dengan Lee Kwang Soo

Biarpun Lee Kwang Soo sudah tidak lagi bersama dengan barisan Running Man, kehadirannya bagaimanapun kekal dirindui ramai.

song ji hyo buka cerita mengenai salah faham dengan lee kwang soo

Menerusi episod terbaru Running Man, kesemua ahli rancangan itu mengenang kembali kenangan-kenangan lama mereka sepanjang menjalani penggambaran Running Man.

“Sehingga Running Man, saya tidak tahu betapa pentingnya persahabatan antara ahli. Kerana saya tidak pernah melakukan program ini sebelumnya. Untuk program saya yang lain, sebaik sahaja kerja kami berakhir, saya terus pulang,” kata Ji Suk Jin.

Tambahnya lagi, “Anda tahu apa yang paling saya menyesal? Kim Jing Kook dan HaHa pernah menelefon saya pada pukul 5 pagi. Ini adalah ketika saya masih tinggal di kejiranan Cheongdam, dan saya baru tiba di hadapan rumah saya.

“Mereka menelefon dan bertanya kepada saya, ‘adakah anda ingin makan sebentar?’. Ketika itu pukul 5 pagi, dan saya berkata, ‘saya sangat letih, saya hanya nak pulang’. Namun saya benar-benar menyesalinya,” katanya.

Song Ji Hyo kemudian menceritakan pengalaman hampir serupa yang pernah dialami dengan bekas anggota Running Man, Lee Kwang Soo.

“Saya sebenarnya mempunyai pengalaman yang serupa. Teringat zaman awal Running Man, ketika anggota lain sering berkumpul untuk melepak, mereka tidak pernah mengajak saya,” katanya.

“Tetapi Kwang Soo menelefon saya berkali-kali meminta saya keluar dan berjumpa dengan semua orang. Saya mendapat idea yang salah, dan saya fikir bahawa Kwang Soo menyukai saya. Kerana dia terus-terusan menelefon saya dan meminta saya keluar setiap masa,” tambahnya.

Pendedahan tersebut membuatkan barisan Running Man tergelak hingga ada yang mengatakan, “Itu masuk akal.”

Lanjut Song Ji Hyo lagi, “Saya berasa terganggu sehingga akhirnya saya memberitahu dia, ‘berhenti memanggil saya sepanjang masa seperti ini’ dan saya menutup panggilan tersebut. Tetapi selepas itu, dia benar-benar berhenti memanggil saya.”

 

Sumber: [1]