Song Ji Hyo Akui Pernah Lalui Fasa Tidak Matang & Kuat 'Complain'

“Tidak ada apa-apa yang merugikan dengan menyertai ‘variety show’. Bahkan, lebih banyak yang saya peroleh. Sebelum terjebak ke dalam ‘variety show’, imej saya agak gelap.

song ji hyo akui pernah lalui fasa tidak matang & kuat 'complain'

“Selepas saya melakukan ‘variety show’, saya dapat memainkan watak lakonan yang lebih mesra dalam masa yang singkat. Saya mendapat banyak peluang. Saya dapat mempersembahkan genre dan watak yang lebih pelbagai kerana ‘variety’ show’.”

Begitulah luahan Song Ji Hyo yang pertama kali menyertai ‘variety show’ menerusi Running Man pada 2010 dalam satu temu ramah bersama media Korea baru-baru ini.

Pelakon jelita berusia 40 tahun itu memulakan debutnya pada 2001 sebagai model majalah.

20 tahun berkecimpung dalam industri hiburan, kata Ji Hyo, “Saya rasa saya seorang ‘workaholic’. Saya sangat suka mencuba perkara baru, bertemu orang baru, dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Saya ingin menikmati proses itu dengan lebih banyak, jadi saya berusaha dengan bersungguh-sungguh,” kongsinya.

Katanya, “Pada masa lalu, saya tidak matang dan banyak mengeluh, dan lebih memikirkan mengenai perasaan saya pada waktu itu berbanding dengan betapa berharganya kerja saya. Sekarang saya menyedari bahawa betapa pentingnya kakitangan yang bekerja dan melalui saat sukar bersama saya. Saya ingin bekerja keras untuk menjadi seseorang yang terus berkembang dan tidak mengubah pemikirannya,” tambahnya lagi.

 

Sumber: [1]