Pelakon ternama dari Korea Selatan, Song Hyekyo, membuka cerita tentang bagaimana dirinya kekal terinspirasi dengan segala projek yang dijalankannya.
Menerusi satu temu ramah bersama majalah fesyen dan gaya hidup terkenal, Hyekyo berkata, sebagai seorang pelakon, dia sentiasa tercari-cara cara baru untuk mencipta semula cara untuk melakonkan watak yang berbeza.
“Saya sangat beruntung kerana mendapat peluang untuk menjadi sebahagian daripada projek luar biasa yang terus mencabar saya melalui peranan yang berbeza.
“Saya selalu berusaha menjadikan diri saya serba boleh dalam pekerjaan saya, jadi sangat penting bagi saya untuk terus berfikiran terbuka agar saya terus terinspirasi dan bermotivasi.
“Bagi saya, adalah penting untuk berehat sesekali agar dapat mengisi semula dan merenungkan tujuan serta cita-cita saya supaya saya dapat menceburkan diri dalam setiap watak baru yang saya laksanakan dengan perspektif yang baru dan segar.”
Ketika ditanya mengenai mengapa dirinya merasakan penting untuk wanita moden diwakili di media, ujar Hyekyo, perkara tersebut adalah penting kerana dapat menonjolkan kaum Hawa dalam sisi yang berbeza-beza apatah lagi dalam dunia moden ini.
Sumber: Tatler