Nak Orang Lain Rasa Apa Yang Pernah Dirasainya, Sofian Tunai Permintaan Peminat Cilik

nak orang lain rasa apa yang pernah dirasainya, sofian tunai permintaan peminat cilik

Baru-baru ini, content creator terkenal dan juga salah seorang finalis AME Kategori Influncer MeleTOP SYOK telah menghasilkan sebuah video luar biasa. Kebiasaannya, beliau menghasilkan video magis dan kesan khas. Namun, terbaru beliau memuat naik sebuah video perjalannya dalam menunaikan permintaan salah seorang peminat ciliknya.

Melihat video tersebut, ramai yang tampil dan memuji tindakan Sofian kerana sering bersikap merendah diri dan selalu melayan peminat. Jadi, disebabkan itu kami telah mengambil kesempatan untuk menemubual Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank96.

1. Boleh Sofian ceritakan sikit tak, macam mana Sfoian boleh bertemu dengan adik Danish?

Sebenarnya, saya mendapat direct message daripada ibu Danish sendiri. Beliau berkata, Danish sangat berminat dengan video-video yang saya hasilkan. Hampir setiap hari Danish bertanya kepada ibunya bila dia boleh berjumpa dengan saya. Jadi, saya bersama dua orang rakan saya iaitu Addend dan Iqram mengambil keputusan untuk membuat kejutan kepada Danish dengan mengunjungi rumahnya.

2. Kenapa Sofian memilih untuk menunaikan permintaan tersebut?

Sebenarnya, ulang tahun kelahiran baru je lepas tak sampai sebulan. Jadi, saya rasa macam best pula kalau buat sambutan belated birthday khas untuk Danish. Sebab tu kami pilih untuk menunaikan permintaannya untuk bertemu dengan saya,

3. Content kali ini agak berbeza daripada content-content sebelumnya. Apa yang Sofian dapat lihat daripada content kali ini?

Kadang-kadang benda yang kita nampak kecil di mata kita, tapi sebenarya sangat besar dan bermakna buat seseorang. Untuk saya dan rakan-rakan, permintaan Danish bukanlah satu perkara yang sukar. Namun, saat Danish melihat kami dia terus tergamam dan riak wajahnya terlalu gembira. Bila kita buat orang lain happy, kita pun akan happy.

4. Sofian rasa nak buat lagi tak content-content macam ni?

Semestinya. Malah, saya dan rakan-rakan bercadang untuk buat dengan skala dengan lebih besar lagi. Maybe kitorang akan ke sekolah-sekolah dan buat jamuan dengan kanak-kanak yang suka explore benda baru dan yang sukakan video pelik dari kami

5. Sebenarnya kan, siapa yang mendorong Sofian untuk menghasilkan content sebegini?

Saya terinspirasi dengan kisah saya bertemu dengan idola saya, Zach King. Sebelum ni saya nak sangat berjumpa dengan dia dan bila saya dapat bertentang mata dengan idola saya, perasaan tu happy sangat. Rasa bahagia sangat. Jadi, saya fikir, apa kata kalau saya kongsikan perasaan bahagia tu dengan adik-adik yang sukakan video yang saya hasilkan bersama rakan-rakan. Jadi, sebab tu lah saya dan rakan-rakan buat keputusan untuk berjumpa dengan adik Danish dan share perasaan yang saya pernah rasa.

Haa inspiring kan video terbaru Sofian ni. Macam ni lah content creator yang kita perlukan. Jadi, korang jangan lupa tau untuk undi Sofian dalam Anugerah MeleTOP ERA!

 

 

ARTIKEL BERKAITAN