1.46 Juta Tontonan, ‘SMK: Study Squad’ Bantu Pelajar Ulangkaji Lebih Seronok!

Salah satu program yang ditayangkan di Astro Tutor TV iaitu ‘SMK: Study Squad’ telah menjadi rancangan akademik dengan jumlah tontonan tertinggi di negara dengan mencatatkan sejumlah 1.46 juta tontonan.

1.46 juta tontonan, ‘smk: study squad’ bantu pelajar ulangkaji lebih seronok!

Ekoran daripada penutupan sekolah akibat pandemik COVID-19, ‘SMK: Study Squad’ yang diperkenalkan Astro nyata banyak membantu pelajar membuat ulangkaji pelajaran di rumah.

 

Ketiga-tiga saluran Tutor TV di Astro iaitu CH601 untuk sekolah rendah, CH602 untuk menengah rendah, dan CH306 untuk menengah atas,  juga boleh di strim melalui On Demand dan juga aplikasi Astro GO.

 

Sebagai tambahan kepada kandungan yang terdapat di saluran Tutor TV, Upped iaitu portal pendidikan dalam talian baharu oleh Astro, dihasilkan untuk membantu semua pelajar Malaysia membuat rujukan pendidikan dengan lebih berkesan, secara percuma.

 

Terdapat pelbagai video akademik yang berasaskan sukatan pembelajaran sekolah di Upped, termasuklah program TV Pendidikan serta kandungan Astro seperti ‘Misi Studi SPM’, ‘Pelan A+ SPM’ dan juga pengisian menarik tentang STEM melalui program ‘Dekoded’ dan ‘STEMSASI’. Pelajar boleh memuat turun nota-nota ringkas yang disediakan oleh guru-guru ‘Pelan A+ SPM’ di laman sesawang http://www.upped.com.my/

1.46 juta tontonan, ‘smk: study squad’ bantu pelajar ulangkaji lebih seronok!

‘SMK: Study Squad’ yang bersiaran setiap Rabu jam 3 petang, membantu pelajar Tingkatan 1 hingga 3 dengan modul ulangkaji untuk mata pelajaran utama; Bahasa Melayu, Bahasa Inngeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Geografi, berdasarkan sukatan pelajaran di sekolah.

Malah kemunculan penyanyi popular Wany Hasrita, pelawak Atu Zero, penyampai radio MY FM Lizz Chloe, serta barisan pelakon siri komedi Astro Ceria ‘SMK’ turut terlibat untuk memberikan motivasi kepada pelajar, sebagai dorongan untuk bersama-sama mengulangkaji pelajaran dengan ‘squad’ menarik ini.

Bagi calon SPM pula mereka boleh mengikuti segmen istimewa ‘30 Hari Menjelang SPM’ di Tutor TV 603. Untuk 30 hari berturut-turut pada jam 5 hingga 7 petang, calon SPM boleh mengulangkaji pelajaran melalui pelbagai program seperti ‘Pelan A+ SPM’, ‘Misi Studi’, ‘Top Tutor’ dan ‘Top Tips’. Program-program tersebut meliputi kesemua mata pelajaran teras termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains, serta subjek elektif seperti Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia, Prinsip Perakaunan, Ekonomi, dan Geografi.

1.46 juta tontonan, ‘smk: study squad’ bantu pelajar ulangkaji lebih seronok!

Komited untuk memastikan semua pelajar mendapat akses yang sama kepada kandungan pendidikan, Astro bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan jam siaran program TV Pendidikan di Tutor TV, iaitu 10 pagi & 3 petang setiap hari bagi sekolah rendah (CH601), dan 11 pagi & 4 petang bagi sekolah menengah (CH603). Dengan lebih 170 episod baharu, siaran TV Pendidikan di Tutor TV ini merangkumi semua mata pelajaran teras dan beberapa mata pelajaran elektif seperti Perniagaan, Ekonomi dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN