Sering Dikaitkan Dengan BCL & Luna Maya, Ariel Dedah Ciri Pasangan Idaman 'Kalau Boleh Jangan...'

Nama penyanyi lelaki Indonesia, Ariel NOAH sering sahaja dikaitkan bersama kawan rapat, Bunga Citra Lestari atau BCL.

sering dikaitkan dengan bcl & luna maya, ariel dedah ciri pasangan idaman 'kalau boleh jangan...'

Bagaimanapun, setiap kali mereka menjadi sebutan ramai, pasti ada satu nama yang turut tidak terkecuali, iaitu Luna Maya.

Rata-rata, mereka yang sudah mengikuti perjalanan Ariel sejak dari zaman Peterpan lagi, pastinya sudah tahu mengenai sejarah hubungan cinta penyanyi lelaki itu bersama Luna Maya yang berakhir 10 tahun lalu. Kini, BCL nampaknya disebut-sebut telah mengambil alih kedudukan Luna Maya itu.

Memetik laporan media tempatan, Ariel Noah sendiri pernah mengakui mengenai ‘chemistry’ yang terjalin antaranya dengan BCL.

“15 tahun berkawan, jika anda tiada ‘chemistry’, tidak ada gunanya. Lebih baik jangan berkawan,” kata Ariel NOAH ketika ditemu ramah ANTV Klik pada Mac lalu.

Biarpun penyanyi berusia 38 tahun itu mengaku dia mempunyai ‘chemistry’ yang baik dengan BCL.

Namun, ia sama sekali tidak bermaksud yang dia mempunyai perasaan terhadap penyanyi jelita itu seperti mana yang diperkatakan ramai. Bahkan, jujur Ariel lagi, dia sebenarnya enggan memiliki pasangan hidup yang turut sama bekerja sebagai penyanyi.

Perkara tersebut ‘dibongkarkan’ ketika Ariel ditemu ramah YouTuber terkenal Indonesia, Mrs. Ayu Dewi pada April 2019.

Akui Ariel, walaupun dia bukanlah seorang lelaki yang memilih dalam mencari pasangan hidup, namun, sebolehnya dia enggan memiliki pasangan yang berkongsi kerjaya sama dengannya. Kongsinya, alasannya itu bersebab kerana dia berasa seolah-olah tidak mempunyai bahagian dalam mencari pendapatan sekiranya isterinya juga turut sama mencari nafkah dalam dunia nyanyian.

“Kalau boleh jangan Puan Ayu. Nanti apa yang saya akan lakukan sekiranya dia (isteri) juga menyanyi?,” katanya.

Ariel bagaimanapun, berharap agar bakal pasangan itu ialah seseorang yang boleh diajak berbual sehingga usia tuanya. Lagi baik sekiranya dia mempunyai minat yang sama.

“Perbualan itu berterusan, kerana apabila anda sudah tua, tinggal untuk berbual sahaja,” tambahnya.

“Semuanyalah, jadi minatnya biar sama, kalau anda suka berbual mengenai sejarah mungkin, bermaksud anda suka perkara sebegitu,” simpulnya lagi.

 

Sumber: [1]