'Senyuman Dhabitah Tu Dah Ada Yang 'Special' Ke Yang Jaga?' Tak Sangka Ini Jawapan Dhabitah...

Dengan senyuman yang sentiasa mengiringi setiap terjunan hebat dalam kejohanan yang disertainya, atlet muda Nur Dhabitah Sabri menjadi kesayangan ramai rakyat Malaysia yang terpesona dengan kehebatan berserta personaliti bersahajanya itu.

'senyuman dhabitah tu dah ada yang 'special' ke yang jaga?' tak sangka ini jawapan dhabitah...

Pagi semalam, atlet terjun negara berusia 22 tahun itu membuat penampilan istimewa di radio Astro, GEGAR, yang mana beliau turut berkesempatan untuk berkongsi mengenai kehidupan peribadinya.

Menerusi slot GEGAR Pagi yang dikendalikan penyampai Shah dan Mek Zura, Nur Dhabitah ditanya berkenaan kemungkinan sekiranya beliau sudah ‘berteman’.

“Dhabitah, ‘senyuman awak itu ada orang jaga dah tak?” soal Shah.

Namun, soalan tersebut sepertinya tidak begitu ‘sampai’ kepada Nur Dhabitah yang seolah-olah keliru pada awalnya.

“Maksud awak? Maksudnya?” tanyanya kembali.

“Maksudnya, senyuman itu ada yang ‘special’ tak yang akan jaga senyuman tu?” soal Shah sekali lagi.

Sebaik sahaja dapat menangkap maksud di sebalik soalan yang ditujukan kepadanya, Nur Dhabitah akui bahawa pertanyaan itu sememangnya ‘senang’ sekali untuk dijawab beliau.

“Ohhh...Ok lah, senang. Saya cakap ‘direct’ la yer.

Single but not available,” jawabnya.

Jawapan bersahaja Nur Dhabitah itu kemudian membuatkan Shah dan Mek Zura terkejut dan menjerit dalam penuh keterujaan.

Dalam pada itu, Nur D habitah turut merakamkan penghargaannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus dalam memberi sokongan kepadanya.

Ahad lalu, Nur Dhabitah berjaya menempatkan dirinya di tangga keempat dalam acara papan anjal 3 meter wanita setelah mengumpul 326.15 mata menerusi lima pusingan yang dilakukan.

Di sebalik kekalahan tipis itu, Nur Dhabitah tetap bergelar sebagai pemenang di hati kebanyakan rakyat Malaysia yang terpesona dengan semangat tidak mengalah dan senyuman manis yang diukirnya acap kali sebelum melakukan terjunan.

 

Sumber: [1]