Selena Gomez Dedah Kehidupan Selepas 4 Tahun Tak Guna Internet, “Ia Buat Saya Rasa Normal”

Selebriti popular Hollywood, Selena Gomez mendedahkan kehidupannya sepanjang menjauhi internet selama empat tahun.

selena gomez dedah kehidupan selepas 4 tahun tak guna internet, “ia buat saya rasa normal”

“Saya tidak berada di internet selama empat tahun setengah. Ia telah mengubah hidup saya sepenuhnya,” kata penyanyi berusia 29 tahun dalam satu temubual bersama Good Morning America baru-baru ini.

Pelantun lagu “Rare” itu berkongsi pencapaian mengagumkan itu ketika mempromosikan platform kesihatan mental, Wondermind, yang turut dilancarkan oleh ibunya dan pengasas bersama Newsette Daniella Pierson.

“Saya lebih gembira, saya lebih tumpu. Saya lebih berhubung dengan orang ramai. Ia membuatkan saya berasa normal, tambha Gomez.

Sepanjang kariernya, Gomez cukup lantang bersuara mengenai kesihatannya baik dari segi mental dan fizikal.

Pada awal 2020, dia berkongsi dalam rancangan Instagram bekas bintang Disney Channel, Miley Cyrus, Bright Minded: Live bahawa dia merupakan seorang penghidap penyakit bipolar dan pernah menerima rawatan di hospital psikiatri di Boston.

“Selepas bertahun-tahun melalui banyak perkara berbeza, saya menyedari bahawa saya bipolar,” kata Gomez pada masa itu sambil menyatakan bahawa “lebih banyak maklumat sebenarnya membantu saya. Ia tidak menakutkan saya apabila saya mengetahuinya.”

Gomez bagaimanapun nampaknya cukup aktif di Instagram.

 

Sumber: [1]