Sebak, Lee Kwang Soo Baca Surat Perpisahan Dalam Episod Terakhir Running Man

Episod terakhir Running Man bersama Lee Kwang Soo bakal menemui orang ramai tidak lama lagi yang pasti ramai yang bersedih mengenai Kwang Soo yang selepas ini tidak lagi berada dalam rancangan kegemaran ramai itu.

sebak, lee kwang soo baca surat perpisahan dalam episod terakhir running man

Menerusi satu pratonton yang dikeluarkan, episod tersebut bakal memaparkan sekerat tayangan daripada episod pertama Running Man yang disiarkan pada 11 tahun lalu.

Tertulis pada adegan tersebut ialah Kwang Soo yang mula bersama dengan rancangan itu ketika dia hanya berusia 25 tahun dan kini sudah pun berada dalam usia pertengahan 30-an.

Video tersebut kemudian beralih kepada pratonton sebenar daripada episod minggu hadapan yang mana ia memaparkan adegan emosional iaitu ketika Kwang Soo membaca surat perpisahan dengan penuh sebak.

Episod terakhir Running Man bersama Lee Kwang Soo bakal ditayangkan pada 13 Jun ini.

 

Sumber: [1]