Seorang wanita sanggup mengharungi lebih 10,000 km perjalanan melepasi Lautan Pasifik semata-mata untuk menghancurkan dan membuka kembali ‘kunci cinta’ yang pernah dibuat bersama bekas kekasihnya dahulu.
Kassie Yeung dan bekas pasangannya pernah melawat ke Menara N Seoul di Korea Selatan pada tahun 2019 dan melakukan apa yang telah dilakukan oleh pasangan lain yang berada disitu.
Mereka membeli kunci kecil yang comel dari sebuah kedai, menulis nama mereka bersama di atasnya dan memasang pada geriji besi bersama kunci cinta yang lain di menara Korea itu.
Dua tahun kemudian, nampaknya pasangan berusia 23 tahun itu telah berubah hati.
Kassie yang berasal dari United Kingdom (UK) telah merakamkan detik memusnahkan kunci cinta itu di Korea Selatan dan memuatnaik video di TikTok. Video berkenaan telah menerima jutaan tontonan menerusi aplikasi terbabit.
Dalam video terbabit, Kassie dilihat membawa bersama playar kecil untuk membuka kunci yang telah mereka pasang bersama dahulu, sebagai tanda yang hubungan mereka sudah terlerai.
Kunci cinta adalah antara aktiviti popular yang dilakukan segelintir pasangan bercinta. Selain popular di luar negara, kunci cinta ini ada juga dibuat oleh mereka yang melawat ke Bukit Bendera, Pulau Pinang.
Sumber: kassieyeung/TikTok