Sambil Duduk Sambil Tengok Lirik, Netizen Kagum Dengan Nyanyian Bersahaja Rosé BLACKPINK

Kembali membuat kemunculan ketiganya sebagai tetamu khas dalam program variety Korea Selatan, Sea of Hope, Rosé BLACKPINK kali ini bergabung suara dengan Onew SHINee dan Lee Su Hyun AKMU bagi mendendangkan semula lagu popular Alicia Keys yang berjudul “If I Don’t Got You”.

sambil duduk sambil tengok lirik, netizen kagum dengan nyanyian bersahaja rosé blackpink

Nyanyian merdu itu dimulakan oleh vokalis dari AKMU, iaitu Lee Su Hyun sebelum disokong Onew SHINee ketika bahagian korusnya.

Kemudian, Rosé pula menyelit untuk bahagian kedua sebelum ketiga-tiga mereka berganding tenaga bagi menyampaikan korus terakhir bagi lagu itu bersama.

Tidak dinafikan, vokal ketiga-tiga penyanyi itu benar-benar hebat belaka. Juga menangkap perhatian ialah gelagat Rosé yang duduk bersahaja sambil menyanyikan lagu Alicia Keys itu, sambil menengok telefon bimbitnya untuk melihat lirik. Rata-ratanya, ramai yang turut memuji Rosé kerana dia dilihat begitu spontan sambil melontarkan suara merdunya itu.

Terdahulu, Rosé pernah menjadi tetamu jemputan bagi program sama yang mana dia pernah membawakan lagu milik John Mayer yang berjudul “Slow Dancing In A Burning Room”.

Video nyanyiannya itu kemudian mendapat reaksi daripada tuan punya lagu sendiri yang tersentuh dengan suaranya hingga menghadiahkan Rosé sebuah gitar elektrik.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN