Sekumpulan saintis percaya aktres dan peragawati terkenal dunia, Bella Hadid, adalah wanita paling cantik di dunia.
Menggunakan sistem Golden Ratio of Beauty Phi yang merupakan sistem ukuran kecantikan sejak dari zaman kuno Greece, Hadid, 24, memperoleh markah ‘ketepatan’ sebanyak 94.35 peratus.
Ia selepas bahagian kening, mata, hidung, bibir, dagu dan rahang pada wajah Hadid adalah paling hampir menyamai definisi kesempurnaan sistem berkenaan.
Beyonce menduduki tangga kedua manakala pelakon Hollywood, Amber Heard berada pada tangga ketiga.
Penyanyi, Ariana Grande, 26, menduduki tangga keempat dengan markah 91.81 peratus.
“Bella Hadid merupakan pemenang kategori wanita paling cantik apabila semua elemen pada wajahnya dinilai untuk kesempurnaan fizikal,” kata pakar bedah kosmetik Britain, Dr. Julian De Silva.
Sumber: Kosmo!