Sahabat Hidap Kanser, ‘Barber’ Cukur Rambut Sendiri

Seorang tukang gunting rambut menyentuh hati ramai apabila dia berkeputusan untuk mencukur rambutnya sendiri sebagai solidariti terhadap sahabatnya yang didiagnos kanser.

sahabat hidap kanser, ‘barber’ cukur rambut sendiri

Neftali Martín, mengalami keguguran rambut kerana kesan sampingan kemoterapi untuk merawat kanser limfoma yang dihidapinya yang mana dia kemudiannya telah mencukur rambut dengan bantuan temannya, Joel Ortega González di sebuah kedai gunting rambut yang terletak di Alicante, Sepanyol.

Neftali, yang juga merupakan seorang tukar gunting rambut merakamkan momen yang menyentuh hati itu sebagai tanda selamat tinggal kepada rambutnya.

Setelah memotong kesemua rambut Neftali, Joel kemudiannya meletakkan mesin gunting rambut tersebut pada kepalanya sendiri, sebelum mencukur rambutnya yang berwarna perang itu sedikit demi sedikit.

sahabat hidap kanser, ‘barber’ cukur rambut sendiri

Klip tersebut dikongsi Neftali di Tik Tok dan telah ditontoni lebih daripada 9.4 juta kali sejak pertama kali dimuat naik.

Neftali kemudiannya turut memuat naik klip itu di Instagram yang mana dia menjelaskan serba sedikit mengenai apa yang berlaku pada momen tersebut.

Tulisnya, “Bagi mereka yang tidak mengenalnya @imjooeel bukan hanya rakan sekerja, dia seperti abang kepada saya. Saya sayang awak bro.”

Dalam pada itu, kedai gunting rambut yang mana Neftali dan Joel bekerja juga berkongsi video yang sama pada laman mereka dengan menambah, “Kami ingin menempuh jalan ini dengan anda, bersama seperti sebelumnya.

“Kami ingin menunjukkan kepada anda apa persahabatan sejati, kerana kita semua adalah satu.”

Sejak disiarkan, video tersebut telah meraih lebih daripada 2.3 juta likes dan 27, 000 komen.

 

Sumber: [1]