Sebanyak RM200,000 Telah Berjaya Diraih Tesco, Mondelez Dan Food Aid Untuk Golongan Yang Memerlukan

sebanyak rm200,000 telah berjaya diraih tesco, mondelez dan food aid untuk golongan yang memerlukan

Kredit: Tesco

Tesco Malaysia bersama rakan pembekalnya Mondelez International dan badan bukan kerajaan (NGO) Food Aid Foundation (Food Aid) telah berjaya mengumpulkan RM200,000 dengan bantuan para pelanggan Tesco melalui inisiatif Tabung Kiriman Ikhlas.

Dilancarkan pada bulan Ramadan, Tabung Kiriman Ikhlas yang berlangsung dari 23 April hingga 11 Jun 2020 ni adalah inisiatif bersama kedua-dua syarikat ni dalam mengumpulkan dana untuk pembelian barang makanan untuk golongan kurang mampu. Inisiatif ini diadakan bersempena kempen ‘Raya Jimat, Raya Selamat’ Tesco, berakhir pada 17 Jun 2020.

sebanyak rm200,000 telah berjaya diraih tesco, mondelez dan food aid untuk golongan yang memerlukan

Kredit: Tesco

Untuk setiap pembelian RM30 bagi mana-mana produk Jenama Tesco dan RM30 produk jenama Mondelez terpilih (Cadbury, Jacobs, variasi biskut Tiger, Chipsmore, Oreo, Twisties, dan belVita) di semua cawangan Tesco di seluruh negara, Tesco Online Lazada dan Shopee, sebanyak RM1 telah disalurkan ke Tabung Kiriman Ikhlas.

Antara pembelian barang makanan untuk diedarkan oleh Food Aid kepada golongan kurang mampu di seluruh Semenanjung Malaysia hingga Julai 2020 termasuklah beras, minyak masak, tuna, biskut krim, bijirin, susu, madu dan campuran minuman segera.

Selain tu, Tesco turut menyumbangkan makanan dan barangan keperluan bernilai lebih dari RM130,000 untuk menyokong komuniti dan keluarga kurang bernasib baik yang kehilangan sumber pendapatan mereka, anggota barisan hadapan seperti pekerja kesihatan dan pihak berkuasa tempatan yang bertugas, serta haiwan di zoo dan tempat perlindungan haiwan di seluruh negara semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

sebanyak rm200,000 telah berjaya diraih tesco, mondelez dan food aid untuk golongan yang memerlukan

Kredit: Tesco

Atas kemurahan hati rakyat Malaysia, terutama pada saat getir akibat pandemik Covid-19 yang berterusan, Inisiatif Tabung Kiriman Ikhlas ni sedikit sebanyak membantu keluarga dan individu yang mengalami kesulitan kewangan.

Terima kasih juga buat korang yang berbelanja di Tesco dan mengambil bahagian dalam inisiatif ni!

ARTIKEL BERKAITAN