Risiko Kemurungan Meningkat 300 Peratus Jika Suasana Kerja Toksik

Mempunyai pekerjaan adalah salah satu keperluan untuk terus hidup. Dengan waktu bekerja dari pagi hingga ke lewat petang, tempat kerja boleh diibaratkan seperti rumah kedua.

risiko kemurungan meningkat 300 peratus jika suasana kerja toksik

Maka, ia menjadi alasan bahawa pentingnya keadaan persekitaran ditempat kerja yang boleh mempengaruhi kehidupan fizikal dan mental kita. Yang membezakannya adalah sama ada ia persekitaran kerja yang sihat, mahupun yang penuh dengan toksik.

 

Satu kajian telah dibuat dengan mengukur kesan persekitaran kerja yang toksik terhadap kesihatan mental. Kajian mendapati majikan yang gagal mengutamakan kesihatan mental pekerja mereka berisiko tiga kali ganda atau 300 peratus untuk didiagnosis dengan kemurungan (depression).

risiko kemurungan meningkat 300 peratus jika suasana kerja toksik

Penyelidikan yang diterbitkan dalam BMJ Open, mengkaji persekitaran keselamatan psikososial di tempat kerja, atau disebut sebagai PSC (psychosocial safety climate). Ia adalah satu istilah yang digunakan dalam sistem pengurusan yang bertujuan melindungi kesihatan mental dan keselamatan pekerja.

risiko kemurungan meningkat 300 peratus jika suasana kerja toksik

Kajian ini mendapati bahawa kesihatan mental di tempat kerja yang buruk dapat dikaitkan dengan nilai PSC yang rendah. Majikan yang gagal menyedari masalah kesihatan mental kakitangan didapati mempunyai kadar buli dan burn-out yang lebih tinggi.

 

"Bukti menunjukkan bahawa syarikat atau majikan yang gagal memberi penghargaan pada pekerja, membuat permintaan kerja yang tidak masuk akal, dan tidak memberi pekerja dengan perhatian, menyebabkan pekerja mereka berisiko mengalami masalah kemurungan yang jauh serius," kata penulis utama dalam kajian, Dr Amy Zadow dari University of South Australia.

risiko kemurungan meningkat 300 peratus jika suasana kerja toksik

Masalah kemurungan mempengaruhi lebih daripada 264 juta orang di seluruh dunia. Ada kemungkinan bahawa pandangan dari penyelidikan seperti ini dapat menyumbang ke arah penurunan angka kemurungan dengan amalan pengurusan yang lebih baik untuk meningkatkan mutu dan prestasi di tempat kerja.

 

Sumber: BMJ Open

ARTIKEL BERKAITAN