Nampak Sedap Dan Menarik, Jom Cuba Air Sirap Bunga Telang

Bunga telang merupakan sejenis bunga bewarna ungu dan dahulunya banyak digunakan dalam penghasilan nasi kerabu.

nampak sedap dan menarik, jom cuba air sirap bunga telang
 
Kini bunga telang semakin dilupakan kerana ia sukar untuk ditemui dan tidak tumbuh dimerata tempat.
 
Namun jika anda mempunyai tanaman bunga telang di rumah yang mencukupi, apa kata anda cuba hasilkan sendiri resipi air sirap telang oleh Ibu Azzah ni? Bukan sahaja nampak menarik, tetapi ia juga sedap dan segar untuk diminum, lagi-lagi ketika musim panas terik ni!

nampak sedap dan menarik, jom cuba air sirap bunga telang
 
Sirap Bunga Telang, Air Istimewa Banyak Khasiat

Jom pakat cuba buat air super special ni.

Bahan A:
  • 2 genggam @ 150g bunga telang (basuh bersih dan toskan)
  • 2000ml air
  • 3 helai daun pandan (simpulkan)
  • 5 batang serai (ketuk)
 
Bahan B:
  • 1 plastik besar air batu
  • 1 bekas besar nata de coco (laici)
  • 2 tin laici
  • 150g biji selasih (rendam dalam air sehingga kembang)
  • 13 batang serai (ketuk)
  • 10 tangkai daun pudina (ambil daunnya sahaja)
  • 5 biji lemon (hiris nipis)
 
Bahan C:
  • Air gula (perlu dimasak asing dan di isi dalam cawan yang hendak di minum sahaja)
 
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan A dalam periuk dan rebus anggaran 10 hingga 15 minit, kemudian tapis.
  2. Kemudian masukkan semua bahan B dalam balang beserta air rebusan bunga telang, kacau sebati.
  3. Masukkan bahan C dalam cawan dan diikuti bancuhan air bunga telang.
  4. Sedia untuk diminum!
nampak sedap dan menarik, jom cuba air sirap bunga telang 
 
Menurut sumber, bunga telang mempunyai pelbagai khasiatnya tersendiri seperti mengurangkan sakit kepala, merawat ulser mulut, melebatkan rambut, menyembuhkan luka serta bertindak sebagai detox untuk menguruskan badan.

 
Sumber: Ibu Azzah via Mingguan Wanita / Sinarplus