Model ternama dunia, Bella Hadid, 24, mendedahkan kekasih terbarunya yang dikenali sebagai Marc Kalman di Instagram peribadi miliknya.
Menerusi entri yang berupa siri foto itu, pasangan tersebut dilihat menghabiskan masa di Cannes, Perancis.
Coret Bella pada entri yang sama, “Masa kehidupanku. Sihat, Bekerja dan Cinta.”
Susulan itu, ramai peminat mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah mereka terhadap hubungan baru Bella Hadid itu.
Setakat ini, tiada banyak yang diketahui mengenai Marc, selain profesionnya sebagai pengarah seni yang bertanggungjawab merancang karya seni album untuk para selebriti.
Pasangan tersebut dilaporkan mengenali antara satu sama lain melalui rakan-rakan dan mula dilihat meluangkan masa bersama sekitar Jun apabila mereka makan bersama di New York City.
Selain itu, Marc juga dikatakan seorang yang mempunyai kehidupan ‘low-profile’ yang mana media sosialnya diletakkan dalam mode ‘private’ dan mempunyai 3,000 pengikut yang mana salah seorang daripada pengikutnya termasuklah nama-nama besar seperti Diplo.
Terdahulu, Bella pernah menjalinkan hubungan cinta bersama penyanyi terkenal, The Weeknd.
Pasangan itu pertama kali bertemu sekitar 2015 yang mana setahun kemudian, mereka mula mendedahkan mengenai percintaan mereka kepada orang ramai di karpet merah Anugerah Grammys 2016.
Bagaimanapun, hubungan tersebut terputus pada November 2016, yang mana The Weeknd kemudian dilaporkan menjalinkan hubungan cinta bersama Selena Gomez tidak lama selepas itu.
Mereka kembali bersama semula sekitar April 2018 dan terdapat khabar angin yang mengatakan pasangan itu bakal melangsungkan pertunangan pada waktu itu.
Namun, pasangan tersebut putus sekali lagi pada Ogos 2019 atas alasan komitmen kerja yang bertentangan.
Bella Hadid dan The Weeknd bagaimanapun dikatakan berpisah dengan cara baik.
Dalam perkembangan lain, The Weeknd pula baru-baru terlihat meluangkan masa bersama pelakon terkemuka, Angelina Jolie di Los Angeles awal Julai ini.
Sumber: [1]