Popular Di Serata Dunia, V & Jimin BTS Tetap Cemerlang Dalam Akademik

Anggota kumpulan K-Pop masyhur, V dan Jimin BTS dikurniakan Anugerah Presiden di Global Cyber University.

popular di serata dunia, v & jimin bts tetap cemerlang dalam akademik

Pada 1 Mac lalu, Global Cyber University mengadakan majlis graduasi buat graduan 2020.

Menerusi majlis graduasi tersebut, V dan Jimin yang telah menamatkan pengajian mereka di universiti terbabit pada Ogos 2020 dengan Ijazah Sarjana Muda Hiburan & Media dianugerahkan Anugerah Presiden dalam majlis itu.

Akan tetapi, anugerah tersebut diterima oleh Profesor Cheon Beom Joo bagi pihak V dan Jimin kerana kedua-dua penyanyi terbabit tidak dapat menghadiri majlis tersebut.

Anugerah Presiden itu disertakan dengan teks:

“Sebagai warganegara contoh yang telah memimpin dan mempraktikkan falsafah asas universiti iaitu mengasuh individu kemanusiaan global, penerima ini telah memberikan pengaruh positif menerusi kepekaan dan komunikasi, melangkaui K-Pop, dan telah menyampaikan nilai simbiosis, iaitu nilai yang diperlukan oleh dunia global. Penghargaan ini diberikan dengan harapan individu ini dapat memberikan sumbangan yang lebih besar lagi kepada dunia dan masyarakat dunia.”

Terdahulu, V dan Jimin dikhabarkan mendaftar untuk melanjutkan pelajaran di Hanyang Cyber University untuk Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Periklanan & Media pada September 2020.

Tahniah V dan Jimin!

 

Sumber: Soompi