3 Negara Ni Perdana Menterinya Dijawat Oleh Wanita Hebat

Seiring dengan revolusi dunia, pemikiran manusia juga berevolusi. Kalau dulu wanita dianggap kaum yang lemah dan tidak layak untuk menjadi seseorang yang penting dalam apa-apa organisasi, namun kini semuanya telah berubah.

Wanita kini berdiri sama tinggi seperti lelaki. Mereka juga boleh menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahu. Malah, kini jawatan tertinggi dalam sesebuah negara turut dijawat oleh wanita.

Jadi, ini 3 negara yang Perdana Menterinya adalah wanita.

 

1. Jacinda Ardern- New Zealand

3 negara ni perdana menterinya dijawat oleh wanita hebat

Pemilik nama sebenar Jacinda Kate Laurell Ardern telah dilahirkan pada 16 Julai 1980 di Waikato, New Zealand. Beliau merupakan wanita ketiga yang memegang jawatan Perdana Menteri New Zealand dan merupakan yang termuda semenjak tahun 1850. Beliau memegang jawatan tersebut ketika beliau berusia 39 tahun.

 

2. Sanna Marin- Finland

3 negara ni perdana menterinya dijawat oleh wanita hebat

Sanna Mirella Marin mula menjadi Perdana Menteri Finlad pada 10 Disember 2019. Sebelum itu, beliau merupakan Menteri Pengangkutan dan Komunikasi. Beliau menjawat jawatan paling tinggi dalam negara tersebut ketika usia 34 tahun.

 

3. Sophie Wilmes- Belgium

3 negara ni perdana menterinya dijawat oleh wanita hebat

Beliau memasuki pejabat Perdana Menteri Belgium pada 27 Oktober 2019 dan merupakan wanita pertama  Belgium yang menjawat jawatan tersebut. Sebelum itu, beliau merupakan seorang penasihat eknonomi dan kewangan di sebuah firma guaman.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN