Pilu, Momen 'Kembar' Nike Ardilla Bertemu Ibu Kandung

Baru-baru ini, arena hiburan Indonesia digemparkan dengan kemunculan ‘kembar’ penyanyi legenda dari negara itu, Allahyarham Nike Ardilla.

pilu, momen 'kembar' nike ardilla bertemu ibu kandung

Gadis tersebut dikenal pasti sebagai Siti Aisyah Mardhiya Amilia, yang mesra disapa Amel.

Semuanya bermula apabila Amel diundang untuk menjalani sesi penggambaran foto bersama dengan seorang jurugambar, yang mana video yang mengandungi foto-foto yang diambil daripada sesi tersebut kemudian dimuat naik pada akaun Tik Tok jurugambar terbabit.

Namun, dengan tidak sengaja, video tersebut tular hingga ‘mengundang’ ramai netizen untuk meninggalkan komen yang memuji rupa paras Amel kerana dirinya memiliki persamaan dengan Allahyarham Nike Ardilla – baik dari wajahnya, cara gadis itu tersenyum hingga potongan rambutnya yang pendek.

Sorotan daripada itu, Amel juga diundang untuk bertemu dengan ibu Allahyarham, iaitu Nining Ningsihrat.

Pertemuan tersebut kemudian menjadi sesuatu yang memilukan hingga membuatkan sang ibu yang kehilangan anaknya itu akibat nahas kemalangan menitiskan air mata kerinduannya.

Menerusi satu video yang juga dimuat naik di Tik Tok, Nining kelihatan tidak dapat menahan air mata kerinduan terhadap anaknya. Selain itu, dia juga dilihat memegang erat tangan Amel sepanjang pertemuan yang penuh emosi itu.

Tidak ketinggalan, Amel juga dilihat menyuap makanan kepada ibu Allahyarham Nike Ardilla, yang mana Nining sambil menahan tangisan, memakan juga makanan yang disuap kepadanya itu.

 

@ramasaputra762

sedih bget rasanya, akhirnya Amel bisa bertemu dengan ibunya##nikeardilla ##maminikeardil ##nikeardillafansclub

♬ Mama Aku Ingin Pulang - Nike Ardilla

 

 

Sumber: [1]