Pesanan Siti Nurhaliza Buat Artis Muda, Terus Merendah Diri

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 40, menitipkan pesanan nasihat berguna kepada artis-artis muda agar sentiasa merendah diri biarpun sudah berada di kemuncak kerjaya.

pesanan siti nurhaliza buat artis muda, terus merendah diri

Ujar pelantun lagu “Siapa Tak Mahu” itu, “Artis baharu jangan sesekali jangan lupa merendah diri dan jaga hubungan baik dengan orang sekeliling termasuk pihak media. Mereka semua adalah penyumbang pada kerjaya seseorang artis. Sokongan mereka adalah kunci kejayaan kita.”

Tambahnya lagi, mereka juga boleh menjadikan kejayaan bintang senior sebagai inspirasi dan motivasi dalam mengejar impian untuk menjadi anak seni.

“Siti tidak bermaksud artis-artis baharu wajar menghargai Siti sahaja, tetapi juga kepada artis-artis senior sebelum Siti lagi atau di era Siti juga. Jadikan kejayaan mereka sebagai panduan buat diri sendiri.

“Jangan berhenti bekerja keras untuk mencapai kejayaan dan belajar untuk mengekalkan kejayaan itu. Kita bersusah-payah untuk sampai ke kedudukan itu, jadi hargailah dengan sebaik mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada Siti Aafiyah Khalid yang kini sedang menanti kehadiran cahaya mata keduanya itu turut berkongsi mengenai isi hatinya berkenaan kejayaannya dalam mengekalkan reputasi sendiri selama 40 tahun bergelar seorang anak seni dalam arena hiburan Malaysia.

Kongsinya, beliau mahu terus menyentuh hati orang ramai menerusi kariernya sebagai seorang anak seni.

“Sekarang Siti mahu lebih mendekatkan diri dengan masyarakat, bantu mereka sama ada dari segi kerjaya seni atau perniagaan yang Siti usahakan.

“Sebolehnya Siti mahu mengeratkan silaturrahim dengan peminat-peminat Siti sampai bila-bila.”

 

Sumber: [1]