Nasib seseorang itu boleh berubah sekiranya punya usaha.
Sama seperti kisah wanita Indonesia ini yang wajar dijadikan inspirasi.
Sebelum bergelar jutawan seperti dirinya yang sekarang, wanita yang dikenali sebagai Fatimah Az Zahra ini pernah melalui fasa kehidupan sukar yang mana dia terpaksa minum air paip untuk berbuka puasa kerana tidak mempunyai wang.
Bukan itu sahaja, dia juga pernah makan makanan kucing.
“Pada masa itu, saya masih di sekolah berasrama, saya masih remaja. Setiap kali saya berbuka puasa dengan air paip. Hari ketiga ketika saya sudah kesakitan, saya berdoa, ‘Ya Allah, bawalah saya rezeki untuk berbuka puasa dari mana-mana saja, Engkau Maha Berkuasa’. Tiba-tiba ada seekor kucing membawa seekor ikan,” kongsi Fatimah Az Zahra.
Tambahnya, selepas lulus dari sekolah berasrama, Fatimah Az Zahra pernah tidur di atas kotak kadbod kerana keadaan kewangan yang tidak stabil.
“Kerana saya adalah anak yatim dari enam adik-beradik semasa menjalani persekolahan di sekolah berasrama. Kemudian setelah lulus sekolah, saya mencari cara untuk menjalani kehidupan,” katanya.
Kesukaran hidup menjadikan Fatimah Az Zahra seorang manusia yang tabah.
Kini, dia merupakan seorang usahawan yang menguruskan pelbagai perniagaan dari bidang herba, penjagaan kulit hingga fesyen.
Kisah yang memberi inspirasi ini membuatkan Fatimah Az Zahra dibanjiri dengan tawaran untuk muncul di kaca televisyen.
Selain itu, dia juga sering diundang sebagai bintang tamu untuk berkongsi kisah kejayaannya dengan masyarakat secara meluas.
Sumber: [1]