Sesiapa sahaja yang pernah menonton filem box office Indonesia, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, pastinya mengenali pelakon lelaki yang bernama Herjunot Ali ini.
Di sebalik kehebatannya dalam dunia lakonan, Herjunot Ali juga dikenali sebagai seseorang yang mempunyai personaliti yang bersahaja dengan hidup bujang.
Baru-baru ini, pelakon kacak itu memuat naik semula Instagram Story berkenaan pasangan ideal idamannya yang pernah dikongsikannya pada April lalu.
Seperti mana yang diketahui ramai, pelakon kacak yang kini berusia 35 tahun itu berpegang teguh terhadap pendiriannya dalam hidup membujang, selepas melalui kegagalan dalam bercinta bersama dua gadis dalam tempoh 14 tahun.
Dalam tempoh 14 tahun terbabit, Junot pernah bercinta dengan Agni Pratistha selama tujuh tahun dan aktres jelita Tatjana Saphira selama tujuh tahun.
Dalam Instagram Story terbabit, Junot memuat naik DM daripada seorang wanita yang bertanyakan mengenai pasangan idealnya.
Tanya wanita itu, “Serius hendak tanya, pasangan seperti manakah yang kamu cari? Maaf jangan ambil hati, wanitakah? Saya mahu memperbaiki diri walaupun mungkin tidak setaraf atau belum layak.”
“Tidak, saya tidak ambil hati. Alhamdulillah sehingga sekarang saya masih mencari wanita, Puan,” jawab Junot.
Dalam entri sama, Junot juga berkongsi pemikirannya tentang bagaimana seseorang itu mencari jodoh.
Baginya, seseorang itu tidak perlu berkeras memperbaiki diri kerana pada dasarnya wanita baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.
Menurutnya lagi, seseorang itu tidak perlu mengubah diri mereka menjadi orang lain hanya untuk memenangi hati seseorang.
Junot percaya bahawa Sang Pencipta telah menentukan pasangan masing-masing mengikut kemampuan dan keperluan mereka.
Di penghujung jawapannya itu, Junot turut mengatakan dia telah berdoa dalam solatnya sebelum itu agar wanita tersebut segera mendapatkan jodoh.
“Anda tidak perlu menjadi orang lain untuk mendapatkan orang lain. Tuhan juga telah ‘mempersiapkan’ kita pasangan mengikut apa yang kita ada, dan apa yang kita perlukan. Jodoh Puan akan tiba tidak lama lagi, InsyaAllah, mudah-mudahan,” tutupnya.
Sumber: [1]