Pernah Diejek ‘Godzilla’ Tidak Patahkan Semangat Dr Soo Wincci Dalam Mengejar Ilmu

Perjalanan Dr Soo Wincci dalam dunia seni bukanlah satu perkara yang mudah. Apabila diri bergelar anak seni, pelbagai cabaran dan ujian yang perlu ditempuhi. Mula mengukir nama di atas pentas pertandingan ratu cantik, Dr Soo Wincci mula membina nama sebagai seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan model. 

Namun, kejayaan yang paling dibanggakan bekas ratu cantik ini adalah kesungguhan dirinya dalam menimba ilmu. 

pernah diejek ‘godzilla’ tidak patahkan semangat dr soo wincci dalam mengejar ilmu

Dalam masa 15 tahun, Dr Soo Wincci berjaya meraikan empat ijazah dan satu PhD dan kini sedang menyambung PhD keduanya dalam bidang Philosophy di Spain. 

Seringkali diberi gelaran “Beauty with brain”, perjalanannya dalam menimba ilmu bukanlah semudah yang disangkakan. Dibesarkan dalam keluarga yang tradisional, Dr Soo Wincci mengaku ketika berada dalam alam persekolahan, beliau tidak berapa bijak dalam pembelajaran. 

Namun, itu menjadi titik permulaan dalam mengubah persepsi kehidupannya. Beliau mengambil keputusan untuk mengubah hidupnya 180 darjah dan berusaha sedaya upaya memperbaiki diri demi pelajaran. Usaha beliau untuk menguasai bahasa Melayu bermula ketika memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan. 

Walaupun sering dikutuk dan diejek, itu tidak menjadi penghalang atau tidak mematahkan semangat beliau untuk terus menimba ilmu. 

pernah diejek ‘godzilla’ tidak patahkan semangat dr soo wincci dalam mengejar ilmu

Kejayaan Dr. Soo meraih empat ijazah dan satu PhD dalam masa 15 tahun menyuntik inspirasi kepada penggiat seni untuk terus menimba ilmu dan membakar semangat wanita agar tidak berputus asa mengejar impian.

Segala pencapaian akademiknya hari ini bukanlah satu takdir, malah ia adalah usaha keras yang tak pernah terhenti. Perjalanan yang penuh pahit dan manis. Bahkan, beliau telah menjadi seorang ikon inspirasi bagi wanita di luar sana.

Dengarkan lebih lanjut mengenai perjalanan hidup beliau di Podcast Selebriti: Dr Soo Wincci

Podcast Selebriti: Dr Soo Wincci ini merupakan podcast eksklusif hanya di aplikasi SYOK. 

pernah diejek ‘godzilla’ tidak patahkan semangat dr soo wincci dalam mengejar ilmu

Anda boleh mendengar Podcast Selebriti: Dr Soo Wincci di aplikasi SYOK atau boleh klik di sini untuk mendengar kisah perjalanan Dr Soo Wincci dalam mencapai kejayaan meraikan empat ijazah dan satu PhD.  

Jika anda ingin info lebih lanjut, boleh mengikuti perkembangan terkini di Instagram @syokast.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOKcast (@syokcast)