Pernah Bangkit Dari Barah, Atlet Poland Lelong Pingat Kemenangan Olimpik Demi Bantu Bayi Sakit

Demi membantu bayi di tanah kelahirannya yang menderita penyakit jantung serius untuk menjalani pembedahan, atlet lempar lembing Poland, iaitu Maria Andrejczyk mengambil keputusan untuk melelong pingat perak yang dimenanginya ketika Sukan Olimpik Tokyo 2020.

pernah bangkit dari barah, atlet poland lelong pingat kemenangan olimpik demi bantu bayi sakit

Maria Andrejczyk pada mula memuat naik satu entri di Facebook, dengan mengatakan bahawa dia telah bertemu dengan pengutip dana bagi bayi bernama Miłoszek Małysa.

Kongsinya, bayi yang berusia 8 bulan itu mengalami kecacatan jantung serius dan memerlukan pembedahan.

Susulan itu,

Berikutan itu, Andrejczyk kemudian memutuskan untuk melelong pingat Olimpik miliknya bagi membantu mengumpulkan wang agar bayi tersebut dapat menjalani pembedahan.

Isnin lalu, Andrejczyk mengesahkan bahawa sebuah rangkaian pasar raya di Poland memenangi lelongan tersebut dengan bidaan sejumlah AS$125,000 (RM 530,125).

Wang yang dikumpulkan itu akan membolehkan bayi lelaki tersebut menjalani pembedahan yang diperlukan di Pusat Perubatan Universiti Standford.

Bagaimanapun, rangkaian pasar raya tersebut kemudian memutuskan untuk mengembalikan pingat tersebut kepada Andrejczyk.

Terdahulu, Andrejczyk pernah tercicir daripada memenangi pingat Sukan Olimpik edisi Rio apabila ketinggalan sejauh 2 sentimeter.

Pada 2017, beliau mengalami kecederaan bahu dan didiagnosis menderita barah tulang pada 2018.

Andrejczyk kemudian menjalani pemulihan bagi membolehkannya kembali beraksi sebagai atlet lempar lembing yang mana, beliau berjaya merangkul pingat Sukan Olimpik pertamanya di Tokyo awal bulan ini.

 

Sumber: [1]